KESAKSIAN ISLAM MASUK KRISTEN (IMAM HAMRAN AMBRIE)
TUHAN
MEMBERITAHU SAYA SECARA PERIBADI
KESAKSIAN
BEKAS IMAM HAMRAN AMBRIE
Pada waktu dahulu saya merupakan seorang yang
amat aktif dalam Islam,juga merupakan salah seorang daripada Pengerakkan
Muhammadiah dan seorang pengajar Islam.Pada tahun 1947,saya telah
dipilih untuk menjadi pengerusi kepada Kongress Muslim Kalimantan di
Amutai,bersama-sama dengan K.H Idham Chalid. Pada tahun 1950-51 saya
menjadi Imam Muslim bagi pasukan tentera di Banjarmasin,dengan kedudukan
yang tinggi.Rencana saya telah diterbitkan dalam beberapa majalah Islam
seperti Mingguan Adil di Solo,Mingguan Risalah Jihad di
Jakarta dan Mingguan Anti-komunis di Bandung.Saya telah
bekerjasama dengan Gerakkan Anti-Kristian dari tahun 1936 di Muara Teweh
(Barito) dan sehingga tahun 1962 bersimpati dengan kumpulan yang
merancang untuk membina undang-undang Islam di seluruh Indonesia,yang
mana secara tidak langsung adalah bertentangan dengan pendirian
Kristian.
Sebenarnya saya telah memiliki
Kitab Suci Injil sendiri semenjak tahun 1936.walau bagaimanapun,saya
tidak membaca dan mencari kebenarannya,tetapi mencari perenggan yang
boleh membantu saya untuk berdiri teguh sebagai seorang Muslim yang
mempunyai sikap anti-Kristian,dan bersedia untuk menyerang keimanan
orang Kristian secara lebih berkesan.
Saya
juga mengutuk 'Isa Al-Masih sehingga saya berumur 40 tahun,menolak
terus yang mengatakan Dia adalah daripada Tuhan.Saya sengaja
mentertawakan dan menolak kebenaran.Tetapi kasih Tuhan sungguh hebat,Dia
berusaha,mencari dan menyelamatkan saya.
Dalam tahun 1961,semasa saya mencatat khotbah
saya di masjid,saya melihat ayat daripada surah Al-Maidah 68, yang
berbunyi:
“Katakanlah,wahai
orang yang beriman! Kamu tidak mempunyai apa-apa kecuali kamu berpegang
kepada Taurat dan Injil,dan semua ini akan membuka mata kamu kepada
Tuhan kamu.”
Saya
sudah membaca ayat ini beratus kali,tetapi akhirnya Tuhan telah berbisik
kepada jiwa saya tentang ‘Taurat dan Injil’ yang mana tertulis di dalam
Al-Quran adalah sama Taurat dan Injil yang terdapat di dalam Kitab Suci
Injil sekarang.Saya selalu berpendapat bahawa Taurat dan Injil yang
terdapat dalam Al-Quran telah lenyap,dan kandungan ini adalah ringkasan
di dalam Al-Quran.Saya merasa yakin bahawa Taurat dan Injil,yang terdapat
dalam Kitab Suci Injil sekarang adalah palsu,dan kandungan yang sebenar
telah disalah-atur dan dilupakan serta ditambah-tambahkan oleh
sesetengah pihak.
Bagaimanapun,jiwa
saya memberitahu saya bahawa Taurat/Injil yang ada di dalam Al-Kitab
sekarang adalah benar.Fikiran saya tidak percaya apa yang dikatakan oleh
hati saya: “Tidak!Taurat dan Injil yang ada di dalam Al-Kitab
sekarang adalah palsu”.Fikiran saya bertentangan dengan jiwa
saya dan perasaan saya,dan saya menjadi tidak pasti serta ragu-ragu
terhadap apa yang betul sebenarnya.
Untuk
membuatkan jiwa saya merasa aman,saya menyerahkan masalah saya ini
dengan melakukan sembahyang tahjud,yang mana sembahyang ini adalah untuk
meminta pertolongan daripada Tuhan agar Dia memberi petunjuk yang pasti
kepada kebenaran.Saya meminta Tuhan menolong saya untuk memilih yang
mana satu daripada dua kepercayaan ini yang benar.Ini adalah doa saya:
“Oh Tuhan,Pencipta Syurga dan bumi,Tuhan
orang Islam, Kristian,Budha, Tuhan bulan dan bintang,lembah dan
gunung;Tuhan semesta alam,tolong tunjukkan aku kebenaran tentang apa
yang tertulis di dalam Al-Quran yang berkaitan dengan Taurat dan
Injil.Adakah ini membawa makna bahawa Taurat dan Injil yang sebenar
sudah lenyap yang terdapat ringkasan dalam Al-Quran ?Jika ini adalah
benar,aku merayu kepadaMu untuk kuatkan hatiku bahawa aku mungkin tidak
belajar Kitab Suci Injil .Tetapi jika “kebenaran di dalam Taurat dan
Injil” yang tertulis di dalam Al-Quran ,bermakna kebenaran harus dicari
di dalam Kitab Suci Injil sekarang,aku merayu padaMu untuk membuka pintu
hatiku semoga aku lebih bersungguh-sungguh untuk belajar Kitab Suci
Injil secara jujur.”
Saya tidak
bertanya kepada sesiapa pun untuk menolong saya membuat keputusan
saya.Saya tidak bertanya kepada Imam,orang yang alim dalam Islam,atau
kawan-kawan saya yang bijak pandai.Saya bertanya terus kepada Tuhan yang
Maha Tahu untuk membuat pilihan bagi saya,jadi saya membuat pilihan
yang betul menurut kehendak Tuhan.Saya sembahyang sesungguhnya dan
menaruh harapan kepada Tuhan agar Tuhan memberi petunjuk dan hidayah
bahawa Dia yang memilih kebenaran untuk saya dan menolong saya
mengetahui dan mengaku kepada agama yang benar.
Setiap orang yang mempunyai agama berharap
bahawa di sana terdapat kehidupan yang benar selepas mati dan salah
seorang daripada mereka adalah saya,saya menaruh harapan yang tinggi
kepada Tuhan.Saya percaya kepada kehidupan selepas mati,di mana kita
cuma ada dua tempat untuk dituju:ke neraka,dengan hukuman yang tidak
berhenti-henti kekal abadi di dalam api;atau ke Syurga,bersama dengan
Tuhan dalam kemuliaan selama-lamanya.Saya tidak fikir tentang kehidupan
abadi saya.
Sebagai contohnya;mari kita
andaikan bahawa kita membawa 10 gram emas tulin, kita harus menelitinya
secara berhati-hati,untuk memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang boleh
menipu kita,jadi kita tidak akan menyesal di kemudian hari.Berapa
banyak agaknya kita memikirkan tentang kehidupan masa depan jiwa
kita.Kita mesti belajar dan meneliti kebenaran untuk sembahyang kepada
Tuhan menurut kehendak Tuhan,yang memiliki kehidupan di Syurga.Kalau
tidak,kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana kecuaian kita.Saya
selalu yakin bahawa pencipta Syurga dan neraka adalah Tuhan sendiri,atas
sebab itulah saya tidak bertanyakan nasihat kepada sesiapa pun,samada
Kristian atau Guru Islam.Saya mendekati Tuhan,yang memiliki segala
kebenaran,peraturan,dan merayu kepadaNya dengan penuh harapan dan
percaya bahawa Dia akan memberi petunjuk yang benar kepada saya.
Puji Tuhan kerana segala doa saya telah
dikabuliNya! Ini membuktikan bahawa Dia memberikan kebenaranNya kepada
orang yang menghendakinya,dan bertanya dengan sesungguhnya.
Ini harus dicatat,selain daripada ayat 68 surah
Al-Maidah,di mana terdapat banyak lagi ayat-ayat lain yang terkandung
di dalam Al-Quran ,yang menarik hati saya pada waktu itu.Sebagai
contohnya;Surah Al-Sajadah 23:
“Dan
pastinya kami memberikan Musa sebuah Kitab(Taurat),jadi adakah kamu
(Muhammad) ragu-ragu untuk menerimanya,”
Surah Al-Maidah 46:
“Dan kami biarkan mereka (nabi-nabi yang
terdahulunya) mengikut jejak Isa,anak Maryam,memenuhi apa yang ada di
tangannya daripada Taurat.dan kami memberi Dia kitab yang mengandungi
petunjuk dan cahaya,dan mengesahkan apa yang ada di tangannya yang
daripada Taurat,sebagai petunjuk dan amaran kepada orang yang takut
kepada Tuhan.”
Surah Al-Maidah 47:
“Dan orang di dalam Kitab harus mengikuti apa
yang telah ditentukan mengikut kehendak pernyataan Tuhan itu.Dan sesiapa
yang tidak mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Tuhan,adalah orang
yang busuk hati,”
Surah Al-Baqarah 62 :
“orang yang benar daripada Yahudi,Kristian dan
Sabian,sesiapa yang percaya kepada Tuhan dan hari kiamat ,melakukan
amalan yang baik,mereka akan mendapat pahala daripada Tuhan mereka,dan
ketakutan tidak akan mendesak mereka berputus asa.”
Di sana terdapat banyak lagi ayat di dalam
Al-Quran yang menunjukkan bahawa Taurat dan Injil adalah jalan yang
benar kepada kebenaran menurut kehendak Tuhan.Ayat Al-Quran ini
memberi kesedaran kepada saya untuk meneliti Kitab Suci Injil dengan
lebih mendalam lagi,kerana Tuhan telah berbisik kepada jiwa saya tentang
kebenaran ini.
Pada hari yang
berikutnya,selepas saya meminta petunjuk daripada Tuhan semasa
sembahyang tahjud,saya merasakan satu perubahan yang jelas pada diri
saya.Bermula dari hari itu saya menganggap Kitab Suci Injil adalah
seperti rakan saya dan bukan lagi sebagai musuh.Setiap pagi saya melihat
Kitab Suci Injil dengan penuh harapan dan memberi perhatian pada setiap
perkataan yang saya baca,kerana saya mahu tahu makna yang sebenarnya.
Dengan perkataan:
“Dengan nama Allah yang Maha Pengampun lagi
Maha Pengasihani”.
Saya membuka Kitab Suci
Injil .Pada masa itu saya bertujuan untuk membaca Ulangan 18:15.Kitab
ini menarik perhatian saya kerana pada waktu dahulunya saya mengunakan
ayat ini untuk menyerang keimanan orang Kristian,samada mereka adalah
guru,Penginjil,dengan niat supaya mereka tahu dan percaya kepada Nabi
Muhammad sebagai nabi yang telah diramalkan di dalam Kitab Suci Injil
ini.Sebelum ini saya sudah tahu tentang ayat ini,tetapi sekarang
maknanya telah berubah sama sekali kepada saya.Sebenarnya untuk memahami
Kitab Suci Injil lama adalah sukar bagi orang yang tidak mahu
mempercayainya, tetapi dari segi yang lain pula ia menjadi lebih jelas
kepada orang yang mahu mempercayainya dan hati mereka yang telah
disentuh oleh Roh Kudus.
Ayat-ayat di
dalam Ulangan 18:15 dibaca
seperti:
“Sebaliknya Tuhan,Allah kamu akan
mengutus seorang nabi kepada kamu ;nabi itu akan seperti aku dan Dia
daripada bangsa kamu sendiri;kamu mesti taat kepadanya.”
Dahulunya saya menganggap ayat ini memberi
ramalan tentang nabi Muhammad.Perkataan “nabi itu akan seperti aku
(Musa)”menunjukkan kepada saya tentang peribadi nabi Muhammad sebagai
janji nabi kerana :
- Musa dilahirkan mempunyai ibubapa.Muhammad juga dilahirkan seperti Musa,mempunyai ibubapa.Ini tidak seperti Isa Al-Masih yang dilahirkan hanya mempunyai ibu dan tanpa bapa.
- Apabila Musa meningkat dewasa,dia berkahwin.Muhammad juga berkahwin,dan ini bertentangan dengan Isa yang tidak pernah berkahwin.
- Musa mempunyai anak lelaki,dan Muhammad juga mempunyai ramai anak.Tetapi Isa tidak mempunyai keturunan kerana Dia tidak pernah berkahwin.
- Musa meninggal pada umur yang lanjut dan dikuburkan dan ini terjadi juga pada Muhammad.Tetapi Isa tidak meninggal.Dia telah diangkat ke Syurga dan tidak dikuburkan.
Dahulunya ia
menjadi jelas kepada saya tentang ayat Ulangan 18:15 yang menunjukkan bahawa nabi Muhammad adalah
nabi yang dijanjikan oleh Musa, tetapi bukannya ramalan terhadap Isa
sebagai nabi keseluruhannya, sebagai Putera Tuhan,seperti kepercayaan
orang Kristian.
Tetapi pada hari
ini,saya membaca ayat ini secara perlahan-lahan dan berhati-hati untuk
memahami makna yang sebenarnya.Apabila saya sampai kepada pernyataan
“…..nabi itu akan seperti aku (Musa)”,Roh Kudus berbisik ke dalam jiwa
saya yang berbunyi: “Jika kamu mentafsirkan persamaan di antara Muhammad
dan Musa dan kedua-duanya adalah dilahirkan mempunyai ibubapa,mereka
adalah sama dengan manusia lain yang mempunyai ibubapa.”Sifat ini tidak
boleh digunakan untuk menunjukkan kebenaran ramalan itu.
Selanjutnya jika Muhammad seperti Musa kerana
dia berkahwin,dan kedua-duanya adalah seperti orang lain di dunia
ini!Jadi ini tidak boleh dijadikan sebagai bukti untuk mengatakan bahawa
Muhammad itu adalah nabi.
Jika Muhammad
dianggap sama seperti Musa,kerana dia mempunyai keturunan,fakta ini juga
tidak boleh digunakan untuk menentukan ramalan itu kerana hampir semua
orang di dalam dunia ini mempunyai keturunan.
Muhammad hanya seperti Musa,meninggal dalam
usia yang tua dan dikuburkan.Jika contoh ini digunakan sebagai bukti
tentang ramalan itu,dan fakta ini tidak boleh digunakan sebagai bukti
untuk persamaan,setiap orang di dunia ini akan meninggal dan
dikuburkan.Kematian dan penguburan adalah perkara biasa dan ini tidak
menjadikan seseorang itu lain daripada yang lain.
Ia menjadi lebih ketara dan jelas kepada saya
bahawa ramalan Musa itu hanya menunjukkan tentang Isa sebagai yang
dijanjikan.Dengan alasan itu saya cuba
mencari suatu perbezaan yang lain daripada yang lain dan luarbiasa
persamaannya di antara Musa dan Isa.Sememangnya saya menemui beberapa
persamaan yang luarbiasa di antara dua manusia ini yang tidak dikongsi
dengan orang lain.
- Semasa zaman kanak-kanak,Fir’aun mengugut untuk membunuhnya,seperti juga Isa pada zaman kanak-kanaknya telah diugut untuk dibunuh oleh Herodas.Tidak semua orang yang dilahirkan menghadapi ugutan bunuh pada waktu yang masih kecil lagi.
- Semasa kelahiran Musa,Fir’aun sangat marah dan mengarahkan semua budak-budak lelaki yang berusia dua tahun ke bawah harus dibunuh.Apabila Isa dilahirkan Herodas juga sangat marah dan mengarahkan agar budak lelaki di bawah umur dua tahun dibunuh.Di dalam dunia ini hanya dua peribadi ini sahaja yang menghadapi pengalaman pembalasan dendam.
- Semasa zaman kanak-kanaknya,Musa telah dijaga oleh anak perempuan Fir’aun.Dan semasa kecil Isa telah dijaga oleh Yusuf iaitu bapa angkatnya.Tidak semua anak di dunia ini dipelihara oleh orang yang dipilih oleh Allah semasa zaman kanak-kanaknya ketika dia menghadapi amcaman.
- Semasa zaman kanak-kanaknya juga,Musa tinggal jauh daripada rumahnya di Mesir.Ini terjadi sama dengan Isa yang hidup di dalam buangan di Mesir.Tidak semua kanak-kanak semasa kecil hidup jauh daripada negerinya,seperti Mesir.
- Apabila Musa telah menjadi utusan Tuhan,dia menerima kuasa daripada Tuhan untuk melakukan mukjizat,seperti juga Isa yang menerima kuasa sebagai Firman yang hidup,dan menerima kuasa untuk melakukan mukjizat seperti menyembuhkan orang sakit dan membangunkan orang yang telah mati.
- Musa telah membebaskan orangnya daripada dipaksa terus menjadi hamba abdi,tetapi Isa telah membebaskan orangnya daripada cengkaman dosa dan maut.
Bukti yang istimewa ini telah mengizinkan saya
untuk saya membuat kesimpulan bahawa ramalan yang luarbiasa yang
dinyatakan ini di dalam Ulangan 18:15 tidak bermaksud untuk membuktikan
Muhammad sebagai nabi yang telah diberitahu terlebih dahulu,tetapi untuk
menunjukkan bahawa Isa adalah jelmaan Firman Allah.
Meskipun kasih Allah itu sangat agung dan Dia
telah menyedarkan saya untuk melihat dengan lebih jelas lagi ke dalam
Kitab Suci Injil sebagai Firman Allah yang benar,tetapi saya masih lagi
tidak bersedia untuk menjadi seorang Kristian.Mengapa? Kerana terdapat
beberapa perkara di dalam kepercayaan Kristian yang tidak dapat diterima
oleh akal saya,khususnya kepercayaan terhadap Isa adalah Putera
Tuhan.Semenjak kecil lagi saya telah diajar,dan saya juga mengajar
sedemikian,iaitu:
“Tuhan tidak mempunyai
anak dan Dia tidak diperanakkan.”
Saya
juga tidak dapat menyatakan dengan jelas bahawa Isa adalah Tuhan kerana
saya telah diajar dan saya juga mengajar seperti:
“TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN
ALLAH”
Saya juga
bersikap anti Triniti. Ini tidak berasas kepada hakikat dan
kebenaran tetapi sebaliknya dipengaruhi oleh prasangka yang terpesong.
Saya telah mengajar murid-murid saya sedemikian:
“Kepada sesiapa yang mengatakan Allah itu
adalah tiga merupakan orang yang fasik”
Saya juga tidak dapat menerima kepercayaan
Kristian bahawa Isa benar-benar mati di atas kayu salib.Jika “Isa
Al-Masih” adalah nabi, penyayang, utusan Tuhan, atau ‘Putera Allah’
sepertimana orang Kristian memanggilNya,bagaimana dengan senangnya orang
Yahudi boleh menyiksaNya dan mengantungNya di atas kayu salib sehingga
mati?Mengapa Tuhan tidak membela Dia, tetapi membiarkan Dia mati di atas
kayu salib?Katakanlah saya mempunyai seorang anak lelaki yang
disiksa,atau digantung di atas kayu salib,sudah pastinya saya akan
melawan orang yang menyiksa anak saya itu untuk menyelamatkannya walau
apa pun yang akan terjadi.Bagaimana boleh Allah hilang kuasaNya terhadap
orang Yahudi?Pada masa itu saya benar-benar tidak boleh menerima
hakikat ini.
Dalam usaha untuk memdapatkan
pertolongan untuk keterangan ini,saya melawat beberapa orang guru dan
juga Penginjil dan bertanya kepada mereka kenapa Isa bergelar Putera
Tuhan atau Tuhan dan apa sebenarnya makna tentang Triniti Tuhan.Saya
menyelidik mengapa Isa Putera Tuhan telah dikorbankan di atas kayu salib
dan disalibkan oleh orang Yahudi Saya juga bertanya kepada mereka
tentang kenyataan tentang “dosa warisan daripada bapa kepada anak” yang
saya ambil kira bahawa itu adalah hukuman yang tidak adil daripada
Tuhan.
Semua guru yang saya tanya itu
menjawab persoalan saya dan menerangkannya dengan mendalam,tetapi pada
masa itu saya tidak dapat menerima ulasan mereka walaupun mereka telah
menerangkannya dengan jelas sekali.Ini adalah kerana perbezaan lata
rbelakang di antara saya dengan mereka,yang mana seperti teluk yang
terpisah jauh di antara kami.Perbezaan di dalam agama yang tidak dikaji
dengan sesungguhnya untuk mencari maksud yang sama,Pastinya kami
mengkaji perbezaan di antara agama untuk mencari kenyataan yang logik
berhubungan dengan ketidakfahaman.Pada masa itu saya seperti penerima
radio dan guru adalah pembaca berita.Kedua-duanya mempunyai keadaan yang
baik,tetapi oleh kerana perbezaan gelombang yang panjang menyebabkan
siarannya dan penerimaan saya jauh berbeza. Penerima tidak dapat
menangkap berita yang sedang disampaikan oleh penyiar.
Keterangan daripada guru dan Penginjil adalah
seperti masuk telinga sebelah kiri dan keluar telinga sebelah kanan.
Hati saya tidak tersentuh, kerana saya tidak faham cara pertuturan
mereka.Guru itu sendiri tidak memahami dengan jelas kedudukan latar
belakang saya sewaktu itu, jadi keterangannya tidaklah menurut keperluan
saya seperti yang saya harapkan.Ini bukannya berlaku kerana keterangan
guru itu salah,tetapi kerana perbezaan cara pemikiran dan
penerangan,jadi sebab itu saya tidak dapat memahami keterangan yang
lain.walau bagaimanapun saya masih berharap.Saya sentiasa yakin,Tuhan
akan menolong saya untuk memilih kebenaran,sudah pasti Dia akan membuka
pintu hati saya dan memberi petunjuk untuk memahami semua masalah yang
menjadi halangan kepada saya.
Saya
sentiasa berdoa kepadaNya: "Tuhan,aku merayu agar Engkau
menunjukkan kebenaranMu kepadaku tentang perkataan ‘Putera Tuhan’ dan
nama ‘Rabbana’ untuk Isa.Aku juga merayu agar Engkau menunjukkan
kepadaku makna Triniti dan rahsia disebalik penyaliban Al-Masih. Tuhan,
Engkau berilah aku pengertian bahawa Kitab Suci Injil adalah daripadaMu
yang betul,jadi pastinya Engkau akan menerangkan dan menjelaskan
halanganku melalui Kitab Suci Injil, yang mana FirmanMu yang benar yang
tidak pernah bertukar daripada awal hingga sekarang dan untuk selamanya.
Sememangnya telah banyak
kali,Tuhan menolong saya melalui Roh Kudusnya,yang bekerja di dalam hati
saya.Saya akan menerangkan bagaimana Tuhan menolong saya untuk
mengatasi halangan ini.
PERJUANGAN SAYA BERTENTANGAN DENGAN KEADAAN PERSEKITARAN
Meskipun saya menjadi tetap dan teguh serta
yakin tentang kebenaran ini,dan bersedia untuk menerima Isa sebagai
penyelamat peribadi saya,tetapi saya tidak menjadi Kristian secara
rasmi,kerana kaadaan persekitaran yang menjadi halangan kepada
saya.Ketakutan dan kebimbangan ini sentiasa menghantui fikiran saya.
Pengalaman saya menunjukkan bahawa terdapat
ramai orang yang tegas dengan kehendak mereka untuk menerima Isa
sebagai penyelamat mereka,tetapi mereka sering teragak-agak untuk
menentang pengaruh persekitaran mereka,mungkin kerana mereka tidak rela
ataupun takut untuk melawan ibu bapa mereka.Kadang-kadang mereka takut
kalau-kalau majikan mereka memberhentikan kerja mereka kerana mereka
memeluk Al-Masih. Orang yang percaya juga akan berselisih faham dengan
isteri mereka kerana mereka ingin mengikuti Isa bersama-sama dengannya;
ini juga merupakan rintangan yang menghalang mereka daripada mengikuti
Isa untuk mempengaruhi hidup dan hati mereka.
Ketakutan terhadap keadaan sekitar telah
ditunjukkan dalam amaran oleh Isa,ditulis dalam Matius 10:34-36. Dia
mengambarkan penderitaan yang mungkin dihadapi oleh setiap orang yang
mahu mengikutinya: “Jangan menyangka bahawa Aku membawa kedamaian ke
dunia ini,Aku tidak membawa kedamaian tetapi pertentangan.Aku datang
untuk menyebabkan anak lelaki melawan bapa mereka,anak perempuan melawan
ibu mereka,dan menantu mereka melawan ibu mertua mereka.Demikianlah
musuh terbesar yang dihadapi oleh seseorang ialah keluarga
sendiri.”Bagaimanapun mereka yang membuat keputusan untuk mengikuti Isa
sebagai Tuhan dan membiarkan Isa mempengaruhi hati mereka,segala
kebimbangan adalah tidak berpanjangan.Setiap kebimbangan akan dapat
diatasi dengan pertolongan daripada Tuhan.Saya sendiri mempunyai
pengalaman dalam menghadapi tekanan dari persekitaran.Tetapi Tuhan
selalu membuka jalan untuk keluar daripadanya.
Dari 1961 sehingga 1964,saya masih lagi
melakukan dua tanggungjawab agama.Saya sembahyang mengikut cara Islam
dan pergi ke masjid pada setiap hari Jumaat.Saya juga pergi ke gereja
pada setiap hari ahad dan pada hari sabtu saya pergi sembahyang di
Gereja Adventis.Tetapi di luar kenyakinan saya,saya tidak pergi ke
gereja.Ini adalah kerana untuk saya belajar tentang kebenaran.Saya juga
sering membaca risalah-risalah daripada orang bukan Kristian yang
mengatakan bahawa orang di dalam gereja menyembah berhala,seperti patung
dan gambar.Atas sebab itu saya pergi melawat setiap gereja di sekitar
Jakarta mengikut giliran,pada hari ahad.Saya juga melawat lebih daripada
satu gereja pada hari ahad,untuk mencari samada terdapat penyembahan
patung atau tidak. Akhirnya,saya mendapat kesimpulan dan terbukti bahawa
kesangsian saya selama ini sudahpun terjawab.Setiap gereja yang saya
lawati tidak terdapat pun berhala atau gambar yang untuk disembah.
Semenjak 1964, jiwa saya sebenarnya sudah dipenuhi dengan Roh Tuhan,Roh
Kudus,atau semangat kebenaran.Bermula daripada hari itu saya mengambil
keputusan untuk menerima Isa sebagai penyelamat peribadi saya sepenuh
hati saya.Tetapi ia masih lemah.Saya tidak berani untuk menyatakan
kenyakinan saya secara terbuka.Saya masih menyimpan kekristianan saya
secara rahsia.Saya melawat gereja kristian di Kwitang Indonesia untuk
pertama kali saya bertanyakan tentang pembaptisan secara rahsia, saya
tidak mahu ianya diketahui oleh famili ataupun isteri saya.Saya tidak
tahu siapa yang menjaga gereja itu,tetapi permintaan saya ditolak, tidak
boleh dibaptiskan secara rahsia. Beberapa minggu kemudian,dengan hasrat
yang sama yang seringkali berputar-putar di dalam fikiran saya, saya
pergi berjumpa dengan Rev.J.Sapulete,dekat gereja Bethel di
Jatinegara.Dia bersedia untuk membaptis saya, tetapi dengan satu syarat
bahawa saya harus membawa dua atau tiga jiran Kristian,yang boleh
membimbing pertumbuhan keimanan saya supaya saya boleh hidup secara
Kristian.Saya tidak dapat menerima syarat ini, saya masih lagi tidak
mahu mengumumkannya di khalayak ramai bahawa saya seorang Kristian. Ini
berpuncak daripada pengaruh persekitaran ,terutamanya keluarga saya.Saya
merasa risau yang mereka akan menentang dan menganiaya ahli keluarga
saya.Saya juga takut untuk bertanyakan pada isteri saya untuk mengikuti
saya pergi ke gereja.Saya takut jika isteri saya akan menuntut saya
untuk pergi ke pejabat rasmi perkahwinan Islam untuk bercerai.Saya
sangat takut untuk berhadapan dengan proses perceraian .Sebab itu saya
mahu menerima Isa secara rahsia.Tetapi jiwa saya tidak bersetuju,saya
tidak ada apa-apa keraguan tentang penerimaan Isa.
Oleh itu saya tidak lagi melakukan dua
tanggungjawab keagamaan. Saya hanya pergi ke gereja.Tetapi ketakutan
masih lagi berterusan dan kebimbangan mengenai reaksi keluarga saya.Saya
tidak tahu bagaimana untuk mengatasinya.Saya tidak pergi jumpa sesiapa
pun untuk meminta nasihat bagi masalah saya ini.Pada masa itu saya
rasakan bahawa perjuangan saya betul-betul teruji. Walau bagaimanapun
Tuhan memberi masa untuk membantu mengatasi masalah saya ini. Dahulunya
saya menggangap jika saya berbincang dengan isteri saya tentang hal ini
dan keluar Islam dan seterusnya memeluk Kristian akan menyebabkan
masalah kepada kami..
Tetapi Tuhan sangat baik
hati, membuka pintu kebenarannya kepada isteri saya sendiri.Dia merasa
aman melalui cahaya dan kecantikan pokok Krismas yang mana pada masa
itu bercahaya dengan terang di kebanyakkan rumah orang Kristian.Ia
menjadi tanda kepadanya bagaimana cantiknya kehidupan di dalam keluarga
Kristian.Dia merasa aman dengan lagu-lagu Kristian dan hangat serta
bercahaya dengan semangat Krismas.
Untuk menjelaskan perasaannya,dia dan seorang anak perempuan saya datang kepada saya,untuk memberitahu saya tentang keinginan yang kuat untuk menjadi seorang Kristian.Ini adalah peluang yang sedang saya nanti-nantikan!Pada hari berikutnya selepas Krismas,saya berjumpa dengan Rev.J.Sapulete untuk kali kedua, bertanya kepadanya bahawa saya dan keluarga saya mahu dibaptiskan dan menerima Isa sebagai Tuhan kami.Permintaan saya diperkenankan dengan segera dan kami -yakni saya,isteri saya dan tujuh orang anak kami telah dibaptiskan pada 26 Dis 1969 oleh Rev.J.Sapulete,di gereja GPIB Jemaat Bethel.Satu minggu kemudian anak lelaki saya pun menuruti kami.Dia juga sering pergi ke gereja secara rahsia, kerana dia takut saya mendapat tahu.
Untuk menjelaskan perasaannya,dia dan seorang anak perempuan saya datang kepada saya,untuk memberitahu saya tentang keinginan yang kuat untuk menjadi seorang Kristian.Ini adalah peluang yang sedang saya nanti-nantikan!Pada hari berikutnya selepas Krismas,saya berjumpa dengan Rev.J.Sapulete untuk kali kedua, bertanya kepadanya bahawa saya dan keluarga saya mahu dibaptiskan dan menerima Isa sebagai Tuhan kami.Permintaan saya diperkenankan dengan segera dan kami -yakni saya,isteri saya dan tujuh orang anak kami telah dibaptiskan pada 26 Dis 1969 oleh Rev.J.Sapulete,di gereja GPIB Jemaat Bethel.Satu minggu kemudian anak lelaki saya pun menuruti kami.Dia juga sering pergi ke gereja secara rahsia, kerana dia takut saya mendapat tahu.
Saya sendiri pergi ke gereja secara rahsia
juga, sebab saya takut isteri-isteri ahli keluarga saya telah menjadi
pengikut-pengikut 'Isa dan demi itu mempengaruhi hati kami.
Anugerah Berkat Tuhan yang Berkelimpahan
Selepas saya dan keluarga saya dibaptiskan pada
26 Disember 1969, keriangan dan kegembiraan seluruh isi rumah saya
telah bertukar.Kami menerima terlalu banyak berkat-berkat Tuhan yang
mencurahi hidup kami.
Pengikut Paulus
berkata: "Apabila seseorang masuk ke dalam Al-Masih,dia menjadi insan
yang baru, yang lama telah pergi dan yang baru sudah menyusul ".(2 Kor
5:17)
Apabila seseorang menerima
Al-Masih 'Isa sebagai penyelamatnya,Tuhan akan mengubah
kehidupannya.Bayangan Kristus akan menjadi ikutannya.Al-kitab berkata:
"Tuhan mencipta manusia berdasarkan gambarnya"(Kej 1:27).Kelakuan baru
ini akan bermula dengan keriangan yang baru,kasih dan keinginan yang
berbeza.Apa yang dahulunya dia sayang,kini dia benci,dan apa yang
dahulunya dia benci,kini bertukar menjadi sayang.Kehidupannya telah
berubah.Perubahan ini amat ketara,dan dapat dilihat oleh orang di
sekelilingnya.Jalan kehidupannya akan bertukar,dan perubahan ini akan
dibawa dalam setiap perkataan yang dia ucapkan.Betapa hebatnya!
Saya mempunyai pengalaman dalam perubahan ini
dan mereka dapat rasa dalam kehidupan kami sekeluarga.Panas baran sudah
lenyap dan berubah kepada sayang.Dalam kehidupan kerohanian,kami merasa
aman dan gembira.Kami tidak merasa ragu-ragu dan jiwa kami terjamin dan
penuh dengan keriangan.Bahkan di dalam kehidupan seharian,kami mendapat
keberkatan yang berkelimpahan.Ini adalah pengalaman yang membuktikan
kebenaran janji Tuhan bahawa telah digenapi oleh 'Isa
Al-Masih,utusanNya.
"Barangsiapa
haus,baiklah ia datang kepadaKu dan minum!Barang siapa percaya
kepadaKu,seperti yang dikatakan oleh kitab suci:dari dalam hatinya akan
mengalir aliran-aliran air hidup."(Yahya 7:37-38)
"Aku datang supaya mereka mempunyai hidup dan mempunyai dalam segala kelimpahan."(Yahya 10:10b)
"Aku datang supaya mereka mempunyai hidup dan mempunyai dalam segala kelimpahan."(Yahya 10:10b)
Perubahan di dalam kehidupan isi rumah kami
amat ketara dan berlaku dengan pantas di mana kami menjadi ejekan.Jiran
tetangga dan saudara mara berpendapat bahawa kami telah menerima
pertolongan daripada gereja sebagai ganjaran kerana menjadi
Kristian.Orang ramai mengutuk kami dengan berkata:"Jika kamu ingin
menjadi kaya dengan cepat,ikutlah cara en.Ambrie dan menjadi Kristian
dan kamu akan mendapat berjuta-juta rupiah daripada gereja."
Mereka menyangka bahawa kehidupan kami
diberkati melalui pemberian daripada gereja sebagai sogokan kerana
menjadi Kristian.Tidak,bukan kerana itu!Kami tidak menerima sebarang
pertolongan dari gereja atau dari sesiapapun sebagai balasan kerana kami
menerima Kristus.Kami tidak menerima duit,harta benda atau janji
peluang pekerjaan walaupun satu sen pun.Sememangnya keberkatan kehidupan
kami pada masa itu hanyalah melalui kemurahan hati Tuhan.Ini adalah
janji Tuhan bahawa semua orang yang mempercayainya akan memperolehi
keberkatan yang berkelimpahan.
Tahun-tahun yang tidak aktif.
Saya menjadi Kristian yang tidak aktif bermula
dari tahun 1970-1972.Saya sibuk mengendalikan urusan perniagaan saya dan
membantu keluarga saya.Saya hanya pergi ke gereja pada hari Ahad dan
membaca Al-kitab bila saya ada masa.Tuhan menyalahkan saya kerana
bersikap sedemikian.Saya merasa sangat jelas apabila pada waktu itu
Tuhan memberi amaran kepada saya: "Jika kamu mahu menjadi kristian,ia
tidak cukup dengan bersikap pasif.Ia tidak akan berkembang jika kamu
duduk sahaja.Bergembiralah dengan keberkatan Tuhan yang melimpahi hidup
kamu.Sebagai orang Kristian iaitu pengikut Kristus,kamu mesti bangun dan
memberitahu kesaksian kamu dengan jelas mengenai Al-kitab sepertimana
Kristus telah memerintahkannya di dalam Matius 28:19-20)
Bagaimana saya hendak memulakan dalam
memberikan kesaksian secara terbuka dan memberitahu tentang Al-kitab
dengan cara paling mudah difahami?Sememangnya saya ingin
melakukannya,tetapi saya tidak tahu bagaimana cara hendak
memulakannya.Untuk ini,Tuhan telah membuka jalannya:dan ini adalah jalan
yang bagaimana Tuhan tunjukkan;
Suatu
hari kawan baik saya datang dari Banjarmasin
untuk menghabiskan waktu malamnya bersama kami.Dia adalah kawan yang
sebenarnya mengikut erti perkataan.Dia tetap berdiri bersama dengan saya
dalam kaadaan susah ataupun senang.Apabila penangkapan dilakukan oleh
askar-askar Belanda,kami selalu berjumpa antara satu sama lain di dalam
penjara ataupun di dalam khemah banduan.
Kami menyambutnya seperti biasa,di dalam rumah
kami tidak terdapat tanda ketara yang menunjukkan bahawa kami telah
memeluki agama Kristian.apabila dia mengucapkan "Assalamualaikum",dan
kami menjawab "waalaikumussalam".Kawan baik saya ini telah
mendengarnya daripada jiran-jiran bahawa saya telah memeluk Kristian.
Dia menerangkan bahawa hal ini tidak mungkin terjadi, dan telah
menyakinkan kepada jiran saya tentang ini. Dia memberitahu mereka,"
Sudah lama saya kenal kawan saya Hamran Ambrie,bukan sahaja di Jakarta
bahkan di Banjarmasin lagi.
Dia bukanlah seperti kebanyakan Muslim yang lain,dia sangat risau
tentang keimanannya.Di dalam wilayah dia dikenali sebagai pejuang
tentera Muslim,dia adalah anti-Kristian,seorang daripada pemimpim
Muhammadiyah,pemberita Muslim dan guru Islam yang terkenal di bandar dan
di timur Kalimantan.Lebih-lebih lagi di kongres Islam di seluruh
Kalimantan dalam Amuntai 1947, Hamran Ambrie adalah merupakan salah
seorang daripada penganjurnya.Di dalam ketenteraan kebangsaan
Indonesia,dia telah menjadi ketua guru-guru Muslim dalam pasukan tentera
di Banjarmasin. Jadi saya yakin bahawa Hamran Ambrie tidak begitu mudah
untuk menukarkan agama Islamnya kepada agama Kristian."
Tetapi jiran saya telah menyakinkan dia bahawa
untuk beberapa tahun ini,orang di dalam kampung saya telah biasa melihat
saya pergi ke gereja lazimnya dan menyediakan pokok Krismas semasa hari
Krismas.Mereka memberitahu dia supaya bertanya kepada saya secara terus
untuk mendapat kepastian selanjutnya.
Jadi dengan segera dia datang ke rumah saya
untuk melawat,dan terus bertanya kepada saya samada berita yang
mengatakan saya menjadi Kristian itu benar atau tidak?Saya menjawab
soalan itu tanpa sebarang keraguan: "Ya,ia adalah benar dan saya serta
seluruh keluarga saya telah dibaptiskan."
Mendengar jawapan saya dia menangis
terisak-isak.Dia meminta maaf kerana dia sangat menyesal datang ke
tempat itu.Tetapi dia tidak berbuat apa-apa dan berdiri kehairanan untuk
beberapa ketika.Selepas dia kembali ke Banjarmasin ,dia
memberitahu orang lain, khususnya kawan baik saya tentang pemelukan
agama saya kepada Kristian.
Berita tentang
kejadian ini telah dimasukkan di dalam akhbar harian UTAMA yang
diterbitkan di Banjarmasin
oleh kawan baik saya yang lain,yang merupakan seorang pemberita
Muslim.Dalam tajuk utama H.Arsyad Maran menulis:
PENGASAS TERKENAL GERAKAN MENJADI KRISTIAN
Pengasas terkenal Muhammadiyah zaman
30-an, dia juga merupakan salah seorang ketua editor JIHAD.
Js Antemas menulis diantaranya:
PERTUKARAN AGAMA PENGASAS MUHAMMADIYAH
KEPADA KRISTIAN
Satu berita yang mengemparkan!
Satu berita yang mengemparkan!
Pemberita IAIN Arthum Artha berharap:"kami
harap berita ini adalah tidak benar,kepercayaan Hamran Ambrie,pengasas
kemerdekaan masih lagi di dalam persoalan."
Orang Muslim di Banjarmasin
juga memberi sambutan yang kurang menyenangkan terhadap berita
ini:"Masalah ekonomi baru-baru ini telah membuatkan seseorang bertukar
agama."Nama orang muslim ini tidak dinyatakan.
Bahkan Universiti IAIN Antasari juga menberi
tindakbalasnya terhadap berita pertukaran agama saya ini.Sementara itu
setiausaha PMW (Muhammadiyah) di Banjarmasin cuba
untuk menyangkal bahawa saya adalah penubuh Muhammadiyah, tetapi
memberitahu bahawa saya hanya sebagai pejuang Islam.
Semua berita tentang keKristianan saya yang
telah diterbitkan di dalam akhbar adalah bertujuan untuk membuat saya
rasa malu, dan di sebaliknya mereka mengharap agar saya kembali kepada
Islam. Tetapi kehendak mereka adalah berbeza dengan kehendak Tuhan.Allah
mengunakan mereka sebagai satu cara untuk membangunkan iman saya supaya
menjadi seorang pengikut 'Isa yang kuat imannya dan memberi kesaksian
tentang hakikat 'Isa Al-Masih adalah daripada Tuhan.
Hampir dua bulan peristiwa 'pertukaran saya
kepada Kristian' menjadi tajuk perbincangan umum dan tajuk utama
di dalam akhbar Harian UTAMA di Banjarmasin.Saya mendapat berita bahawa
pertumpahan darah juga hampir berlaku.Sesetengah daripada kawan saya
menganggap bahawa berita ini adalah suatu fitnah dan bersedia untuk
menyerang para penulis.Mujurlah dengan segera saya telah menulis "surat
terbuka"-pernyataan saya sendiri mengenai pengakuan tersebut - kepada
akhbar harian UTAMA di Banjarmasin,yang telah diterbitkan seperti di
bawah:
SURAT
TERBUKA
Untuk Pembaca harian UTAMA
Untuk Pembaca harian UTAMA
Assalamualaikum
kepada Tuan:
kepada Tuan:
Saya dengan
ini memberitahu bahawa berita itu adalah benar dan saya sekarang menjadi
pengikut kepada agama Kristian Protestant dan saya telah menukarkannya
semenjak 1964 lagi. Berita di dalam akhbar itu sangat menarik
kerana ia mengambarkan saya sebagai penubuh Islam atau pejuang kepada
kebebasan.
Saya berterima kasih kepada semua
tindak balas dan penghargaan itu yang mana kawan saya telah
menunjukkannya kepada saya.Walaupun sehingga saat ini,saya tidak pernah
merasa dan tidak pernah mengumunkan diri saya sebagai penubuh Islam
ataupun pejuang kebebasan.Jika waktu lepas saya melibatkan diri dalam
perjuangan sebagai penulis oleh kawan saya.Ia adalah tidak lebih
daripada tanggungjawab seorang anak terhadap ibu pertiwinya.Dengan itu
saya menjadi pengikut dan tidak bertanya akan sebarang gelaran kepada
jawatan tersebut samada sebagai veteran ataupun sebagai pengasas
kemerdekaan.Saya hanyalah melakukan tanggungjawab saya sahaja. Terima
kasih kepada semua kawan saya, khususnya H.Arsyad Maran (saya tidak
menerima surat kamu), JS.Antenas dan Arthum Artha dan penulis yang
menulis surat kepada saya sebagai satu kewajipan.Tidak ada apa-apa
daripada surat anda yang boleh saya sangkalkan atau memberi tindak balas
yang bertentangan melainkan pembetulan.Saya tidak pernah meminta
sebarang bentuk gelaran sebagai tanda bagi pengasas kemerdekaan.
Kepada Arthum Artha,saya ada menghantar "nota
keimanan" yang menjadi asas kepada saya dalam ketaatan saya kepada agama
Kristian Protestant. Apa pun yang berlaku kawan tetap kawan dan
hubungan persahabatan yang baik tidak boleh diputuskan.
Terima kasih kepada kamu semua kerana mengambil
berat tentang hal ini.
Yang Benar,
Hamran Ambrie
Hamran Ambrie
6
Mei 1972, Jakarta .