Percayalah kepada TUHAN selama-lamanya, sebab TUHAN ALLAH adalah gunung batu yang kekal.(yesaya 26:4)
"Tunjukilah kami jalan yang lurus ... " (Al Fatihah 6)
Sabda Isa kepadanya, "Akulah jalan ... " (Injil, Rasul Yahya 14:6)
Pages
▼
Jumat, 31 Agustus 2012
islam agama buatan manusia Kesaksian Hamran Ambrie
TUHAN MEMBERITAHU SAYA SECARA PRIBADI
Pada
waktu dahulu saya merupakan seorang yang amat aktif dalam Islam,juga
merupakan salah seorang daripada Pengerakkan Muhammadiah dan seorang
pengajar Islam.Pada tahun 1947,saya telah dipilih untuk menjadi
pengerusi kepada Kongress Muslim Kalimantan di Amutai,bersama-sama
dengan K.H Idham Chalid. Pada tahun 1950-51 saya menjadi Imam Muslim
bagi pasukan tentera di Banjarmasin,dengan kedudukan yang tinggi.Rencana
saya telah diterbitkan dalam beberapa majalah Islam seperti Mingguan
Adil di Solo,Mingguan Risalah Jihad di Jakarta dan Mingguan
Anti-komunis di Bandung.Saya telah bekerjasama dengan Gerakkan
Anti-Kristian dari tahun 1936 di Muara Teweh (Barito) dan sehingga
tahun 1962 bersimpati dengan kumpulan yang merancang untuk membina
undang-undang Islam di seluruh Indonesia,yang mana secara tidak
lansung adalah bertentangan dengan pendirian Kristian.
Sebenarnya saya telah memiliki Kitab Suci Injil sendiri semenjak tahun
1936.walau bagaimanapun,saya tidak membaca dan mencari
kebenarannya,tetapi mencari perenggan yang boleh membantu saya untuk
berdiri teguh sebagai seorang Muslim yang mempunyai sikap
anti-Kristian,dan bersedia untuk menyerang keimanan orang Kristian
secara lebih berkesan.
Saya juga mnengutuk 'Isa Al-Masih sehingga saya berumur 40 tahun,menolak
terus yang mengatakan Dia adalah daripada Tuhan.Saya sengaja
mentertawakan dan menolak kebenaran.Tetapi kasih Tuhan sungguh hebat,Dia
berusaha,mencari dan menyelamatkan saya.
Dalam tahun 1961,semasa saya mencatat khotbah saya di masjid,saya melihat ayat daripada surah Al-Maidah 68, yang berbunyi:
“Katakanlah,wahai orang yang beriman! Kamu tidak mempunyai apa-apa
kecuali kamu berpegang kepada Taurat dan Injil,dan semua ini akan
membuka mata kamu kepada Tuhan kamu.”
Saya sudah membaca ayat ini beratus kali,tetapi akhirnya Tuhan telah
berbisik kepada jiwa saya tentang ‘Taurat dan Injil’ yang mana tertulis
di dalam Al-Quran adalah sama Taurat dan Injil yang terdapat di dalam
Kitab Suci Injil sekarang.Saya selalu berpendapat bahawa Taurat dan
Injil yang terdapat dalam Al-Quran telah lenyap,dan kandungan ini
adalah ringkasan di dalam Al-Quran .Saya merasa yakin bahawa Taurat
dan Injil,yang terdapat dalam Kitab Suci Injil sekarang adalah
palsu,dan kandungan yang sebenar telah disalah-atur dan dilupakan
serta ditambah-tambahkan oleh sesetengah pihak.
Bagaimanapun,jiwa saya memberitahu saya bahawa Taurat/Injil yang ada di
dalam Al-Kitab sekarang adalah benar.Fikiran saya tidak percaya apa
yang dikatakan oleh hati saya: “Tidak!Taurat dan Injil yang ada di
dalam Al-Kitab sekarang adalah palsu”.Fikiran saya bertentangan
dengan jiwa saya dan perasaan saya,dan saya menjadi tidak pasti serta
ragu-ragu terhadap apa yang betul sebenarnya.
Untuk membuatkan jiwa saya merasa aman,saya menyerahkan masalah saya ini
dengan melakukan sembahyang tahjud,yang mana sembahyang ini adalah
untuk meminta pertolongan daripada Tuhan agar Dia memberi petunjuk
yang pasti kepada kebenaran.Saya meminta Tuhan menolong saya untuk
memilih yang mana satu daripada dua kepercayaan ini yang benar.Ini
adalah doa saya:
“Oh Tuhan,Pencipta Syurga dan bumi,Tuhan orang Islam, Kristian,Budha,
Tuhan bulan dan bintang,lembah dan gunung;Tuhan semesta alam,tolong
tunjukkan aku kebenaran tentang apa yang tertulis di dalam Al-Quran yang
berkaitan dengan Taurat dan Injil.Adakah ini membawa makna bahawa
Taurat dan Injil yang sebenar sudah lenyap yang terdapat ringkasan
dalam Al-Quran ?Jika ini adalah benar,aku merayu kepadaMu untuk
kuatkan hatiku bahawa aku mungkin tidak belajar Kitab Suci Injil
.Tetapi jika “kebenaran di dalam Taurat dan Injil” yang tertulis di
dalam Al-Quran ,bermakna kebenaran harus dicari di dalam Kitab Suci
Injil sekarang,aku merayu padaMu untuk membuka pintu hatiku semoga
aku lebih bersungguh-sungguh untuk belajar Kitab Suci Injil secara
jujur.”
Saya tidak bertanya kepada sesiapa pun untuk menolong saya membuat
keputusan saya.Saya tidak bertanya kepada Imam,orang yang alim dalam
Islam,atau kawan-kawan saya yang bijak pandai.Saya bertanya terus kepada
Tuhan yang Maha Tahu untuk membuat pilihan bagi saya,jadi saya
membuat pilihan yang betul menurut kehendak Tuhan.Saya sembahyang
sesungguhnya dan menaruh harapan kepada Tuhan agar Tuhan memberi
petunjuk dan hidayah bahawa Dia yang memilih kebenaran untuk saya dan
menolong saya mengetahui dan mengaku kepada agama yang benar.
Setiap orang yang mempunyai agama berharap bahawa di sana terdapat
kehidupan yang benar selepas mati dan salah seorang daripada mereka
adalah saya,saya menaruh harapan yang tinggi kepada Tuhan.Saya percaya
kepada kehidupan selepas mati,di mana kita cuma ada dua tempat untuk
dituju:ke neraka,dengan hukuman yang tidak berhenti-henti kekal abadi
di dalam api;atau ke Syurga,bersama dengan Tuhan dalam kemuliaan
selama-lamanya.Saya tidak fikir tentang kehidupan abadi saya.
Sebagai contohnya;mari kita andaikan bahawa kita membawa 10 gram emas
tulin, kita harus menelitinya secara berhati-hati,untuk memastikan
bahawa tidak ada sesiapa yang boleh menipu kita,jadi kita tidak akan
menyesal di kemudian hari.Berapa banyak agaknya kita memikirkan tentang
kehidupan masa depan jiwa kita.Kita mesti belajar dan meneliti
kebenaran untuk sembahyang kepada Tuhan menurut kehendak Tuhan,yang
memiliki kehidupan di Syurga.Kalau tidak,kita akan menyesal untuk
selama-lamanya kerana kecuaian kita.Saya selalu yakin bahawa pencipta
Syurga dan neraka adalah Tuhan sendiri,atas sebab itulah saya tidak
bertanyakan nasihat kepada sesiapa pun,samada Kristian atau Guru
Islam.Saya mendekati Tuhan,yang memiliki segala
kebenaran,peraturan,dan merayu kepadaNya dengan penuh harapan dan
percaya bahawa Dia akan memberi petunjuk yang benar kepada saya.
Puji Tuhan kerana segala doa saya telah dikabuliNya! Ini membuktikan
bahawa Dia memberikan kebenaranNya kepada orang yang menghendakinya,dan
bertanya dengan sesungguhnya.
Ini harus dicatat,selain daripada ayat 68 surah Al-Maidah,di mana
terdapat banyak lagi ayat-ayat lain yang terkandung di dalam Al-Quran
,yang menarik hati saya pada waktu itu.Sebagai contohnya;Surah
Al-Sajadah 23:
“Dan pastinya kami memberikan Musa sebuah Kitab(Taurat),jadi adakah kamu (Muhammad) ragu-ragu untuk menerimanya,”
Surah Al-Maidah 46:
“Dan kami biarkan mereka (nabi-nabi yang terdahulunya) mengikut jejak
Isa,anak Maryam,memenuhi apa yang ada di tangannya daripada Taurat.dan
kami memberi Dia kitab yang mengandungi petunjuk dan cahaya,dan
mengesahkan apa yang ada di tangannya yang daripada Taurat,sebagai
petunjuk dan amaran kepada orang yang takut kepada Tuhan.”
Surah Al-Maidah 47:
“Dan orang di dalam Kitab harus mengikuti apa yang telah ditentukan
mengikut kehendak pernyataan Tuhan itu.Dan sesiapa yang tidak mengikut
apa yang telah ditetapkan oleh Tuhan,adalah orang yang busuk hati,”
Surah Al-Baqarah 62 :
“orang yang benar daripada Yahudi,Kristian dan Sabian,sesiapa yang
percaya kepada Tuhan dan hari kiamat ,melakukan amalan yang baik,mereka
akan mendapat pahala daripada Tuhan mereka,dan ketakutan tidak akan
mendesak mereka berputus asa.”
Di sana terdapat banyak lagi ayat di dalam Al-Quran yang menunjukkan
bahawa Taurat dan Injil adalah jalan yang benar kepada kebenaran menurut
kehendak Tuhan.Ayat Al-Quran ini memberi kesedaran kepada saya untuk
meneliti Kitab Suci Injil dengan lebih mendalam lagi,kerana Tuhan
telah berbisik kepada jiwa saya tentang kebenaran ini.
Pada hari yang berikutnya,selepas saya meminta petunjuk daripada Tuhan
semasa sembahyang tahjud,saya merasakan satu perubahan yang jelas pada
diri saya.Bermula dari hari itu saya menganggap Kitab Suci Injil
adalah seperti rakan saya dan bukan lagi sebagai musuh.Setiap pagi
saya melihat Kitab Suci Injil dengan penuh harapan dan memberi
perhatian pada setiap perkataan yang saya baca,kerana saya mahu tahu
makna yang sebenarnya.
Dengan perkataan:
“Dengan nama Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani”.
Saya membuka Kitab Suci Injil .Pada masa itu saya bertujuan untuk
membaca Ulangan 18:15.Kitab ini menarik perhatian saya kerana pada waktu
dahulunya saya mengunakan ayat ini untuk menyerang keimanan orang
Kristian,samada mereka adalah guru,Penginjil,dengan niat supaya mereka
tahu dan percaya kepada Nabi Muhammad sebagai nabi yang telah
diramalkan di dalam Kitab Suci Injil ini.Sebelum ini saya sudah tahu
tentang ayat ini,tetapi sekarang maknanya telah berubah sama sekali
kepada saya.Sebenarnya untuk memahami Kitab Suci Injil lama adalah
sukar bagi orang yang tidak mahu mempercayainya, tetapi dari segi
yang lain pula ia menjadi lebih jelas kepada orang yang mahu
mempercayainya dan hati mereka yang telah disentuh oleh Roh Kudus.
Ayat-ayat di dalam Ulangan 18:15 dibaca seperti:
“Sebaliknya Tuhan,Allah kamu akan mengutus seorang nabi kepada kamu
;nabi itu akan seperti aku dan Dia daripada bangsa kamu sendiri;kamu
mesti taat kepadanya.”
Dahulunya saya menganggap ayat ini memberi ramalan tentang nabi
Muhammad.Perkataan “nabi itu akan seperti aku (Musa)”menunjukkan kepada
saya tentang peribadi nabi Muhammad sebagai janji nabi kerana :
* Musa dilahirkan mempunyai ibubapa.Muhammad juga dilahirkan seperti
Musa,mempunyai ibubapa.Ini tidak seperti Isa Al-Masih yang dilahirkan
hanya mempunyai ibu dan tanpa bapa.
* Apabila Musa meningkat dewasa,dia berkahwin.Muhammad juga
berkahwin,dan ini bertentangan dengan Isa yang tidak pernah berkahwin.
* Musa mempunyai anak lelaki,dan Muhammad juga mempunyai ramai
anak.Tetapi Isa tidak mempunyai keturunan kerana Dia tidak pernah
berkahwin.
* Musa meninggal pada umur yang lanjut dan dikuburkan dan ini terjadi
juga pada Muhammad.Tetapi Isa tidak meninggal.Dia telah diangkat ke
Syurga dan tidak dikuburkan.
Dahulunya ia menjadi jelas kepada saya tentang ayat Ulangan 18:15 yang
menunjukkan bahawa nabi Muhammad adalah nabi yang dijanjikan oleh
Musa, tetapi bukannya ramalan terhadap Isa sebagai nabi
keseluruhannya, sebagai Putera Tuhan,seperti kepercayaan orang
Kristian.
Tetapi pada hari ini,saya membaca ayat ini secara perlahan-lahan dan
berhati-hati untuk memahami makna yang sebenarnya.Apabila saya sampai
kepada pernyataan “…..nabi itu akan seperti aku (Musa)”,Roh Kudus
berbisik ke dalam jiwa saya yang berbunyi: “Jika kamu mentafsirkan
persamaan di antara Muhammad dan Musa dan kedua-duanya adalah dilahirkan
mempunyai ibubapa,mereka adalah sama dengan manusia lain yang
mempunyai ibubapa.”Sifat ini tidak boleh digunakan untuk menunjukkan
kebenaran ramalan itu.
Selanjutnya jika Muhammad seperti Musa kerana dia berkahwin,dan
kedua-duanya adalah seperti orang lain di dunia ini!Jadi ini tidak boleh
dijadikan sebagai bukti untuk mengatakan bahawa Muhammad itu adalah
nabi.
Jika Muhammad dianggap sama seperti Musa,kerana dia mempunyai
keturunan,fakta ini juga tidak boleh digunakan untuk menentukan ramalan
itu kerana hampir semua orang di dalam dunia ini mempunyai keturunan.
Muhammad hanya seperti Musa,meninggal dalam usia yang tua dan
dikuburkan.Jika contoh ini digunakan sebagai bukti tentang ramalan
itu,dan fakta ini tidak boleh digunakan sebagai bukti untuk
persamaan,setiap orang di dunia ini akan meninggal dan
dikuburkan.Kematian dan penguburan adalah perkara biasa dan ini tidak
menjadikan seseorang itu lain daripada yang lain.
Ia menjadi lebih ketara dan jelas kepada saya bahawa ramalan Musa itu
hanya menunjukkan tentang Isa sebagai yang dijanjikan.Dengan alasan itu
saya cuba mencari suatu perbezaan yang lain daripada yang lain dan
luarbiasa persamaannya di antara Musa dan Isa.Sememangnya saya menemui
beberapa persamaan yang luarbiasa di antara dua manusia ini yang
tidak dikongsi dengan orang lain.
* Semasa zaman kanak-kanak,Fir’aun mengugut untuk membunuhnya,seperti
juga Isa pada zaman kanak-kanaknya telah diugut untuk dibunuh oleh
Herodas.Tidak semua orang yang dilahirkan menghadapi ugutan bunuh pada
waktu yang masih kecil lagi.
* Semasa kelahiran Musa,Fir’aun sangat marah dan mengarahkan semua
budak-budak lelaki yang berusia dua tahun ke bawah harus dibunuh.Apabila
Isa dilahirkan Herodas juga sangat marah dan mengarahkan agar budak
lelaki di bawah umur dua tahun dibunuh.Di dalam dunia ini hanya dua
peribadi ini sahaja yang menghadapi pengalaman pembalasan dendam.
* Semasa zaman kanak-kanaknya,Musa telah dijaga oleh anak perempuan
Fir’aun.Dan semasa kecil Isa telah dijaga oleh Yusuf iaitu bapa
angkatnya.Tidak semua anak di dunia ini dipelihara oleh orang yang
dipilih oleh Allah semasa zaman kanak-kanaknya ketika dia menghadapi
amcaman.
* Semasa zaman kanak-kanaknya juga,Musa tinggal jauh daripada rumahnya
di Mesir.Ini terjadi sama dengan Isa yang hidup di dalam buangan di
Mesir.Tidak semua kanak-kanak semasa kecil hidup jauh daripada
negerinya,seperti Mesir.
* Apabila Musa telah menjadi utusan Tuhan,dia menerima kuasa daripada
Tuhan untuk melakukan mukjizat,seperti juga Isa yang menerima kuasa
sebagai Firman yang hidup,dan menerima kuasa untuk melakukan mukjizat
seperti menyembuhkan orang sakit dan membangunkan orang yang telah
mati.
* Musa telah membebaskan orangnya daripada dipaksa terus menjadi hamba
abdi,tetapi Isa telah membebaskan orangnya daripada cengkaman dosa dan
maut.
Bukti yang istimewa ini telah mengizinkan saya untuk saya membuat
kesimpulan bahawa ramalan yang luarbiasa yang dinyatakan ini di dalam
Ulangan 18:15 tidak bermaksud untuk membuktikan Muhammad sebagai nabi
yang telah diberitahu terlebih dahulu,tetapi untuk menunjukkan bahawa
Isa adalah jelmaan Firman Allah.
Meskipun kasih Allah itu sangat agung dan Dia telah menyedarkan saya
untuk melihat dengan lebih jelas lagi ke dalam Kitab Suci Injil sebagai
Firman Allah yang benar,tetapi saya masih lagi tidak bersedia untuk
menjadi seorang Kristian.Mengapa? Kerana terdapat beberapa perkara di
dalam kepercayaan Kristian yang tidak dapat diterima oleh akal
saya,khususnya kepercayaan terhadap Isa adalah Putera Tuhan.Semenjak
kecil lagi saya telah diajar,dan saya juga mengajar sedemikian,iaitu:
“Tuhan tidak mempunyai anak dan Dia tidak diperanakkan.”
Saya juga tidak dapat menyatakan dengan jelas bahawa Isa adalah Tuhan
kerana saya telah diajar dan saya juga mengajar seperti:
“TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN ALLAH”
Saya juga bersikap anti Triniti. Ini tidak berasas kepada hakikat dan
kebenaran tetapi sebaliknya dipengaruhi oleh prasangka yang terpesong.
Saya telah mengajar murid-murid saya sedemikian:
“Kepada sesiapa yang mengatakan Allah itu adalah tiga merupakan orang yang fasik”
Saya juga tidak dapat menerima kepercayaan Kristian bahawa Isa
benar-benar mati di atas kayu salib.Jika “Isa Al-Masih” adalah nabi,
penyayang, utusan Tuhan, atau ‘Putera Allah’ sepertimana orang Kristian
memanggilNya,bagaimana dengan senangnya orang Yahudi boleh
menyiksaNya dan mengantungNya di atas kayu salib sehingga
mati?Mengapa Tuhan tidak membela Dia, tetapi membiarkan Dia mati di
atas kayu salib?Katakanlah saya mempunyai seorang anak lelaki yang
disiksa,atau digantung di atas kayu salib,sudah pastinya saya akan
melawan orang yang menyiksa anak saya itu untuk menyelamatkannya
walau apa pun yang akan terjadi.Bagaimana boleh Allah hilang kuasaNya
terhadap orang Yahudi?Pada masa itu saya benar-benar tidak boleh
menerima hakikat ini.
Dalam usaha untuk memdapatkan pertolongan untuk keterangan ini,saya
melawat beberapa orang guru dan juga Penginjil dan bertanya kepada
mereka kenapa Isa bergelar Putera Tuhan atau Tuhan dan apa sebenarnya
makna tentang Triniti Tuhan.Saya menyelidik mengapa Isa Putera Tuhan
telah dikorbankan di atas kayu salib dan disalibkan oleh orang Yahudi
Saya juga bertanya kepada mereka tentang kenyataan tentang “dosa
warisan daripada bapa kepada anak” yang saya ambil kira bahawa itu
adalah hukuman yang tidak adil daripada Tuhan.
Semua guru yang saya tanya itu menjawab persoalan saya dan
menerangkannya dengan mendalam,tetapi pada masa itu saya tidak dapat
menerima ulasan mereka walaupun mereka telah menerangkannya dengan jelas
sekali.Ini adalah kerana perbezaan lata rbelakang di antara saya
dengan mereka,yang mana seperti teluk yang terpisah jauh di antara
kami.Perbezaan di dalam agama yang tidak dikaji dengan sesungguhnya
untuk mencari maksud yang sama,Pastinya kami mengkaji perbezaan di
antara agama untuk mencari kenyataan yang logik berhubungan dengan
ketidakfahaman.Pada masa itu saya seperti penerima radio dan guru adalah
pembaca berita.Kedua-duanya mempunyai keadaan yang baik,tetapi oleh
kerana perbezaan gelombang yang panjang menyebabkan siarannya dan
penerimaan saya jauh berbeza. Penerima tidak dapat menangkap berita yang
sedang disampaikan oleh penyiar.
Keterangan daripada guru dan Penginjil adalah seperti masuk telinga
sebelah kiri dan keluar telinga sebelah kanan. Hati saya tidak
tersentuh, kerana saya tidak faham cara pertuturan mereka.Guru itu
sendiri tidak memahami dengan jelas kedudukan latar belakang saya
sewaktu itu, jadi keterangannya tidaklah menurut keperluan saya seperti
yang saya harapkan.Ini bukannya berlaku kerana keterangan guru itu
salah,tetapi kerana perbezaan cara pemikiran dan penerangan,jadi sebab
itu saya tidak dapat memahami keterangan yang lain.walau bagaimanapun
saya masih berharap.Saya sentiasa yakin,Tuhan akan menolong saya
untuk memilih kebenaran,sudah pasti Dia akan membuka pintu hati saya
dan memberi petunjuk untuk memahami semua masalah yang menjadi
halangan kepada saya.
Saya sentiasa berdoa kepadaNya: "Tuhan,aku merayu agar Engkau
menunjukkan kebenaranMu kepadaku tentang perkataan ‘Putera Tuhan’ dan
nama ‘Rabbana’ untuk Isa.Aku juga merayu agar Engkau menunjukkan
kepadaku makna Triniti dan rahsia disebalik penyaliban Al-Masih. Tuhan,
Engkau berilah aku pengertian bahawa Kitab Suci Injil adalah
daripadaMu yang betul,jadi pastinya Engkau akan menerangkan dan
menjelaskan halanganku melalui Kitab Suci Injil, yang mana FirmanMu
yang benar yang tidak pernah bertukar daripada awal hingga sekarang
dan untuk selamanya.
Sememangnya telah banyak kali,Tuhan menolong saya melalui Roh
Kudusnya,yang bekerja di dalam hati saya.Saya akan menerangkan bagaimana
Tuhan menolong saya untuk mengatasi halangan ini.
PERJUANGAN SAYA BERTENTANGAN DENGAN KEADAAN PERSEKITARAN
Meskipun saya menjadi tetap dan teguh serta yakin tentang kebenaran
ini,dan bersedia untuk menerima Isa sebagai penyelamat peribadi
saya,tetapi saya tidak menjadi Kristian secara rasmi,kerana kaadaan
persekitaran yang menjadi halangan kepada saya.Ketakutan dan kebimbangan
ini sentiasa menghantui fikiran saya.
Pengalaman saya menunjukkan bahawa terdapat ramai orang yang tegas
dengan kehendak mereka untuk menerima Isa sebagai penyelamat
mereka,tetapi mereka sering teragak-agak untuk menentang pengaruh
persekitaran mereka,mungkin kerana mereka tidak rela ataupun takut untuk
melawan ibu bapa mereka.Kadang-kadang mereka takut kalau-kalau
majikan mereka memberhentikan kerja mereka kerana mereka memeluk
Al-Masih. Orang yang percaya juga akan berselisih faham dengan isteri
mereka kerana mereka ingin mengikuti Isa bersama-sama dengannya; ini
juga merupakan rintangan yang menghalang mereka daripada mengikuti
Isa untuk mempengaruhi hidup dan hati mereka.
Ketakutan terhadap keadaan sekitar telah ditunjukkan dalam amaran oleh
Isa,ditulis dalam Matius 10:34-36. Dia mengambarkan penderitaan yang
mungkin dihadapi oleh setiap orang yang mahu mengikutinya: “Jangan
menyangka bahawa Aku membawa kedamaian ke dunia ini,Aku tidak membawa
kedamaian tetapi pertentangan.Aku datang untuk menyebabkan anak lelaki
melawan bapa mereka,anak perempuan melawan ibu mereka,dan menantu
mereka melawan ibu mertua mereka.Demikianlah musuh terbesar yang
dihadapi oleh seseorang ialah keluarga sendiri.”Bagaimanapun mereka
yang membuat keputusan untuk mengikuti Isa sebagai Tuhan dan
membiarkan Isa mempengaruhi hati mereka,segala kebimbangan adalah
tidak berpanjangan.Setiap kebimbangan akan dapat diatasi dengan
pertolongan daripada Tuhan.Saya sendiri mempunyai pengalaman dalam
menghadapi tekanan dari persekitaran.Tetapi Tuhan selalu membuka
jalan untuk keluar daripadanya.
Dari 1961 sehingga 1964,saya masih lagi melakukan dua tanggungjawab
agama.Saya sembahyang mengikut cara Islam dan pergi ke masjid pada
setiap hari Jumaat.Saya juga pergi ke gereja pada setiap hari ahad dan
pada hari sabtu saya pergi sembahyang di Gereja Adventis.Tetapi di
luar kenyakinan saya,saya tidak pergi ke gereja.Ini adalah kerana
untuk saya belajar tentang kebenaran.Saya juga sering membaca
risalah-risalah daripada orang bukan Kristian yang mengatakan bahawa
orang di dalam gereja menyembah berhala,seperti patung dan
gambar.Atas sebab itu saya pergi melawat setiap gereja di sekitar
Jakarta mengikut giliran,pada hari ahad.Saya juga melawat lebih
daripada satu gereja pada hari ahad,untuk mencari samada terdapat
penyembahan patung atau tidak.
Akhirnya,saya mendapat kesimpulan dan terbukti bahawa kesangsian saya
selama ini sudahpun terjawab.Setiap gereja yang saya lawati tidak
terdapat pun berhala atau gambar yang untuk disembah.
Semenjak 1964, jiwa saya sebenarnya sudah dipenuhi dengan Roh Tuhan,Roh
Kudus,atau semangat kebenaran.Bermula daripada hari itu saya
mengambil keputusan untuk menerima Isa sebagai penyelamat peribadi
saya sepenuh hati saya.Tetapi ia masih lemah.Saya tidak berani untuk
menyatakan kenyakinan saya secara terbuka.Saya masih menyimpan
kekristianan saya secara rahsia.Saya melawat gereja kristian di
Kwitang Indonesia untuk pertama kali saya bertanyakan tentang
pembaptisan secara rahsia, saya tidak mahu ianya diketahui oleh
famili ataupun isteri saya.Saya tidak tahu siapa yang menjaga gereja
itu,tetapi permintaan saya ditolak, tidak boleh dibaptiskan secara
rahsia.
Beberapa minggu kemudian,dengan hasrat yang sama yang seringkali
berputar-putar di dalam fikiran saya, saya pergi berjumpa dengan
Rev.J.Sapulete,dekat gereja Bethel di Jatinegara.Dia bersedia untuk
membaptis saya, tetapi dengan satu syarat bahawa saya harus membawa dua
atau tiga jiran Kristian,yang boleh membimbing pertumbuhan keimanan
saya supaya saya boleh hidup secara Kristian.Saya tidak dapat
menerima syarat ini, saya masih lagi tidak mahu mengumumkannya di
khalayak ramai bahawa saya seorang Kristian. Ini berpunca daripada
pengaruh persekitaran ,terutamanya keluarga saya.Saya merasa risau
yang mereka akan menentang dan menganiaya ahli keluarga saya.Saya
juga takut untuk bertanyakan pada isteri saya untuk mengikuti saya
pergi ke gereja.Saya takut jika isteri saya akan menuntut saya untuk
pergi ke pejabat rasmi perkahwinan Islam untuk bercerai.Saya sangat
takut untuk berhadapan dengan proses perceraian .Sebab itu saya mahu
menerima Isa secara rahsia.Tetapi jiwa saya tidak bersetuju,saya
tidak ada apa-apa keraguan tentang penerimaan Isa.
Oleh itu saya tidak lagi melakukan dua tanggungjawab keagamaan. Saya
hanya pergi ke gereja.Tetapi ketakutan masih lagi berterusan dan
kebimbangan mengenai reaksi keluarga saya.Saya tidak tahu bagaimana
untuk mengatasinya.Saya tidak pergi jumpa sesiapa pun untuk meminta
nasihat bagi masalah saya ini.Pada masa itu saya rasakan bahawa
perjuangan saya betul-betul teruji.
Walau bagaimanapun Tuhan memberi masa untuk membantu mengatasi masalah
saya ini. Dahulunya saya menggangap jika saya berbincang dengan isteri
saya tentang hal ini dan keluar Islam dan seterusnya memeluk
Kristian akan menyebabkan masalah kepada kami..Tetapi Tuhan sangat
baik hati, membuka pintu kebenarannya kepada isteri saya sendiri.Dia
merasa aman melalui cahaya dan kecantikan pokok Krismas yang mana
pada masa itu bercahaya dengan terang di kebanyakkan rumah orang
Kristian.Ia menjadi tanda kepadanya bagaimana cantiknya kehidupan di
dalam keluarga Kristian.Dia merasa aman dengan lagu-lagu Kristian dan
hangat serta bercahaya dengan semangat Krismas.
Untuk menjelaskan perasaannya,dia dan seorang anak perempuan saya datang
kepada saya,untuk memberitahu saya tentang keinginan yang kuat untuk
menjadi seorang Kristian.Ini adalah peluang yang sedang saya
nanti-nantikan!Pada hari berikutnya selepas Krismas,saya berjumpa dengan
Rev.J.Sapulete untuk kali kedua, bertanya kepadanya bahawa saya dan
keluarga saya mahu dibaptiskan dan menerima Isa sebagai Tuhan
kami.Permintaan saya diperkenankan dengan segera dan kami -yakni
saya,isteri saya dan tujuh orang anak kami telah dibaptiskan pada 26 Dis
1969 oleh Rev.J.Sapulete,di gereja Bethel Jemaat GPIB.Satu minggu
kemudian anak lelaki saya pun menuruti kami.Dia juga sering pergi ke
gereja secara rahsia, kerana dia takut saya mendapat tahu.Saya sendiri
pergi ke gereja secara rahsia juga, sebab saya takut isteri-isteri
ahli keluarga saya telah menjadi pengikut-pengikut 'Isa dan demi itu
mempengaruhi hati kami.
Anugerah Berkat Tuhan yang Berkelimpahan
Selepas saya dan keluarga saya dibaptiskan pada 26 Disember 1969,
keriangan dan kegembiraan seluruh isi rumah saya telah bertukar.Kami
menerima terlalu banyak berkat-berkat Tuhan yang mencurahi hidup kami.
Pengikut Paulus berkata: "Apabila seseorang masuk ke dalam Al-Masih,dia
menjadi insan yang baru, yang lama telah pergi dan yang baru sudah
menyusul ".(2 Kor 5:17)
Apabila seseorang menerima Al-Masih 'Isa sebagai penyelamatnya,Tuhan
akan mengubah kehidupannya.Bayangan Kristus akan menjadi
ikutannya.Al-kitab berkata: "Tuhan mencipta manusia berdasarkan
gambarnya"(Kej 1:27).Kelakuan baru ini akan bermula dengan keriangan
yang baru,kasih dan keinginan yang berbeza.Apa yang dahulunya dia
sayang,kini dia benci,dan apa yang dahulunya dia benci,kini bertukar
menjadi sayang.Kehidupannya telah berubah.Perubahan ini amat ketara,dan
dapat dilihat oleh orang di sekelilingnya.Jalan kehidupannya akan
bertukar,dan perubahan ini akan dibawa dalam setiap perkataan yang dia
ucapkan.Betapa hebatnya!
Saya mempunyai pengalaman dalam perubahan ini dan mereka dapat rasa
dalam kehidupan kami sekeluarga.Panas baran sudah lenyap dan berubah
kepada sayang.Dalam kehidupan kerohanian,kami merasa aman dan
gembira.Kami tidak merasa ragu-ragu dan jiwa kami terjamin dan penuh
dengan keriangan.Bahkan di dalam kehidupan seharian,kami mendapat
keberkatan yang berkelimpahan.Ini adalah pengalaman yang membuktikan
kebenaran janji Tuhan bahawa telah digenapi oleh 'Isa
Al-Masih,utusanNya.
"Barangsiapa haus,baiklah ia datang kepadaKu dan minum!Barang siapa
percaya kepadaKu,seperti yang dikatakan oleh kitab suci:dari dalam
hatinya akan mengalir aliran-aliran air hidup."(Yahya 7:37-38 )
"Aku datang supaya mereka mempunyai hidup dan mempunyai dalam segala kelimpahan."(Yahya 10:10b)
Perubahan di dalam kehidupan isi rumah kami amat ketara dan berlaku
dengan pantas di mana kami menjadi ejekan.Jiran tetangga dan saudara
mara berpendapat bahawa kami telah menerima pertolongan daripada gereja
sebagai ganjaran kerana menjadi Kristian.Orang ramai mengutuk kami
dengan berkata:"Jika kamu ingin menjadi kaya dengan cepat,ikutlah cara
en.Ambrie dan menjadi Kristian dan kamu akan mendapat berjuta-juta
rupiah daripada gereja."
Mereka menyangka bahawa kehidupan kami diberkati melalui pemberian
daripada gereja sebagai sogokan kerana menjadi Kristian.Tidak,bukan
kerana itu!Kami tidak menerima sebarang pertolongan dari gereja atau
dari sesiapapun sebagai balasan kerana kami menerima Kristus.Kami tidak
menerima duit,harta benda atau janji peluang pekerjaan walaupun satu
sen pun.Sememangnya keberkatan kehidupan kami pada masa itu hanyalah
melalui kemurahan hati Tuhan.Ini adalah janji Tuhan bahawa semua
orang yang mempercayainya akan memperolehi keberkatan yang
berkelimpahan.
Tahun-tahun yang tidak aktif.
Saya menjadi Kristian yang tidak aktif bermula dari tahun 1970-1972.Saya
sibuk mengendalikan urusan perniagaan saya dan membantu keluarga
saya.Saya hanya pergi ke gereja pada hari Ahad dan membaca Al-kitab bila
saya ada masa.Tuhan menyalahkan saya kerana bersikap sedemikian.Saya
merasa sangat jelas apabila pada waktu itu Tuhan memberi amaran
kepada saya: "Jika kamu mahu menjadi kristian,ia tidak cukup dengan
bersikap pasif.Ia tidak akan berkembang jika kamu duduk
sahaja.Bergembiralah dengan keberkatan Tuhan yang melimpahi hidup
kamu.Sebagai orang Kristian iaitu pengikut Kristus,kamu mesti bangun
dan memberitahu kesaksian kamu dengan jelas mengenai Al-kitab
sepertimana Kristus telah memerintahkannya di dalam Matius 28:19-20)
Bagaimana saya hendak memulakan dalam memberikan kesaksian secara
terbuka dan memberitahu tentang Al-kitab dengan cara paling mudah
difahami?Sememangnya saya ingin melakukannya,tetapi saya tidak tahu
bagaimana cara hendak memulakannya.Untuk ini,Tuhan telah membuka
jalannya:dan ini adalah jalan yang bagaimana Tuhan tunjukkan;
Suatu hari kawan baik saya datang dari Banjarmasin untuk menghabiskan
waktu malamnya bersama kami.Dia adalah kawan yang sebenarnya mengikut
erti perkataan.Dia tetap berdiri bersama dengan saya dalam kaadaan
susah ataupun senang.Apabila penangkapan dilakukan oleh askar-askar
Belanda,kami selalu berjumpa antara satu sama lain di dalam penjara
ataupun di dalam khemah banduan.
Kami menyambutnya seperti biasa,di dalam rumah kami tidak terdapat tanda
ketara yang menunjukkan bahawa kami telah memeluki agama
Kristian.apabila dia mengucapkan "Assalamualaikum",dan kami menjawab
"waalaikumussalam".Kawan baik saya ini telah mendengarnya daripada
jiran-jiran bahawa saya telah memeluk Kristian. Dia menerangkan bahawa
hal ini tidak mungkin terjadi, dan telah menyakinkan kepada jiran saya
tentang ini. Dia memberitahu mereka," Sudah lama saya kenal kawan
saya Hamran Ambrie,bukan sahaja di Jakarta bahkan di Banjarmasin
lagi. Dia bukanlah seperti kebanyakan Muslim yang lain,dia sangat
risau tentang keimanannya.Di dalam wilayah dia dikenali sebagai
pejuang tentera Muslim,dia adalah anti-Kristian,seorang daripada
pemimpim Muhammadiyah,pemberita Muslim dan guru Islam yang terkenal
di bandar dan di timur Kalimantan.Lebih-lebih lagi di kongres Islam
di seluruh Kalimantan dalam Amuntai 1947, Hamran Ambrie adalah
merupakan salah seorang daripada penganjurnya.Di dalam ketenteraan
kebangsaan Indonesia,dia telah menjadi ketua guru-guru Muslim dalam
pasukan tentera di Banjarmasin. Jadi saya yakin bahawa Hamran Ambrie
tidak begitu mudah untuk menukarkan agama Islamnya kepada agama
Kristian."
Tetapi jiran saya telah menyakinkan dia bahawa untuk beberapa tahun
ini,orang di dalam kampung saya telah biasa melihat saya pergi ke gereja
lazimnya dan menyediakan pokok Krismas semasa hari Krismas.Mereka
memberitahu dia supaya bertanya kepada saya secara terus untuk mendapat
kepastian selanjutnya.
Jadi dengan segera dia datang ke rumah saya untuk melawat,dan terus
bertanya kepada saya samada berita yang mengatakan saya menjadi Kristian
itu benar atau tidak?Saya menjawab soalan itu tanpa sebarang
keraguan: "Ya,ia adalah benar dan saya serta seluruh keluarga saya
telah dibaptiskan."
Mendengar jawapan saya dia menangis terisak-isak.Dia meminta maaf kerana
dia sangat menyesal datang ke tempat itu.Tetapi dia tidak berbuat
apa-apa dan berdiri kehairanan untuk beberapa ketika.Selepas dia
kembali ke Banjarmasin,dia memberitahu orang lain, khususnya kawan
baik saya tentang pemelukan agama saya kepada Kristian.
Berita tentang kejadian ini telah dimasukkan di dalam akhbar harian
UTAMA yang diterbitkan di Banjarmasin oleh kawan baik saya yang
lain,yang merupakan seorang pemberita Muslim.Dalam tajuk utama H.Arsyad
Maran menulis:
PENGASAS TERKENAL GERAKAN MENJADI KRISTIAN
Pengasas terkenal Muhammadiyah zaman 30-an, dia juga merupakan salah seorang ketua editor JIHAD.
Js Antemas menulis diantaranya:
PERTUKARAN AGAMA PENGASAS MUHAMMADIYAH KEPADA KRISTIAN
Satu berita yang mengemparkan!
Pemberita IAIN Arthum Artha berharap:"kami harap berita ini adalah tidak
benar,kepercayaan Hamran Ambrie,pengasas kemerdekaan masih lagi di
dalam persoalan."
Orang Muslim di Banjarmasin juga memberi sambutan yang kurang
menyenangkan terhadap berita ini:"Masalah ekonomi baru-baru ini telah
membuatkan seseorang bertukar agama."Nama orang muslim ini tidak
dinyatakan.
Bahkan Universiti IAIN Antasari juga menberi tindakbalasnya terhadap
berita pertukaran agama saya ini.Sementara itu setiausaha PMW
(Muhammadiyah) di Banjarmasin cuba untuk menyangkal bahawa saya adalah
penubuh Muhammadiyah, tetapi memberitahu bahawa saya hanya sebagai
pejuang Islam.
Semua berita tentang keKristianan saya yang telah diterbitkan di dalam
akhbar adalah bertujuan untuk membuat saya rasa malu, dan di
sebaliknya mereka mengharap agar saya kembali kepada Islam. Tetapi
kehendak mereka adalah berbeza dengan kehendak Tuhan.Allah mengunakan
mereka sebagai satu cara untuk membangunkan iman saya supaya menjadi
seorang pengikut 'Isa yang kuat imannya dan memberi kesaksian
tentang hakikat 'Isa Al-Masih adalah daripada Tuhan.
Hampir dua bulan peristiwa 'pertukaran saya kepada Kristian' menjadi
tajuk perbincangan umum dan tajuk utama di dalam akhbar Harian UTAMA di
Banjarmasin.Saya mendapat berita bahawa pertumpahan darah juga hampir
berlaku.Sesetengah daripada kawan saya menganggap bahawa berita ini
adalah suatu fitnah dan bersedia untuk menyerang para
penulis.Mujurlah dengan segera saya telah menulis "surat
terbuka"-pernyataan saya sendiri mengenai pengakuan tersebut - kepada
akhbar harian UTAMA di Banjarmasin,yang telah diterbitkan seperti di
bawah:
SURAT TERBUKA
Untuk Pembaca harian UTAMA
Assalamualaikum
kepada Tuan:
Saya dengan ini memberitahu bahawa berita itu adalah benar dan saya
sekarang menjadi pengikut kepada agama Kristian Protestant dan saya
telah menukarkannya semenjak 1964 lagi.
Berita di dalam akhbar itu sangat menarik kerana ia mengambarkan saya sebagai penubuh Islam atau pejuang kepada kebebasan.
Saya berterima kasih kepada semua tindak balas dan penghargaan itu yang
mana kawan saya telah menunjukkannya kepada saya.Walaupun sehingga
saat ini,saya tidak pernah merasa dan tidak pernah mengumunkan diri
saya sebagai penubuh Islam ataupun pejuang kebebasan.Jika waktu lepas
saya melibatkan diri dalam perjuangan sebagai penulis oleh kawan
saya.Ia adalah tidak lebih daripada tanggungjawab seorang anak
terhadap ibu pertiwinya.Dengan itu saya menjadi pengikut dan tidak
bertanya akan sebarang gelaran kepada jawatan tersebut samada sebagai
veteran ataupun sebagai pengasas kemerdekaan.Saya hanyalah melakukan
tanggungjawab saya sahaja.
Terima kasih kepada semua kawan saya, khususnya H.Arsyad Maran (saya
tidak menerima surat kamu), JS.Antenas dan Arthum Artha dan penulis yang
menulis surat kepada saya sebagai satu kewajipan.Tidak ada apa-apa
daripada surat anda yang boleh saya sangkalkan atau memberi tindak
balas yang bertentangan melainkan pembetulan.Saya tidak pernah
meminta sebarang bentuk gelaran sebagai tanda bagi pengasas
kemerdekaan.
Kepada Arthum Artha,saya ada menghantar "nota keimanan" yang menjadi
asas kepada saya dalam ketaatan saya kepada agama Kristian Protestant.
Apa pun yang berlaku kawan tetap kawan dan hubungan persahabatan yang baik tidak boleh diputuskan.
Terima kasih kepada kamu semua kerana mengambil berat tentang hal ini.
Yang Benar,
Hamran Ambrie
6 Mei 1972, Jakarta.
BERMULANYA MEMBERI KESAKSIAN DALAM KEHIDUPAN KRISTIAN SECARA AKTIF
Selepas penerbitan "surat terbuka" di atas,banyak surat yang diterima
daripada kawan-kawan saya di Banjarmasin dan Hulu Sungai, semuanya
dalam nada penyesalan,disertai dengan nasihat dan amaran daripada
ayat Al-Quran .Juga terdapat surat yang menanyakan tentang
peristiwa-peristiwa susulan yang telah membimbing saya untuk saya
memeluk Al-Masih 'Isa serta InjilNya.
Ini adalah permulaan bagi saya untuk bangun dan memberi kesaksian saya
dengan jelas.Pertamanya saya membalas setiap surat secara peribadi
dengan mesin taip.Setiap surat disertai dengan keterangan iaitu -"nota
keimanan". Ia menjadi lebih mengalakkan, jadi saya telah menerbitkan
satu esei tentang "TUHAN ALLAH, AL-MASIH 'ISA DAN ROH KUDUS" yang mana
telah dicetak.Keluaran seterusnya yang telah diterbitkan ialah
tentang "KRISTOLOGI DAN AJARAN KEESAAN TUHAN", yang telah
disempurnakan pada tahun 1973.Akibatnya banyak surat dalam bentuk
pertanyaan dan simpati diterima,dan terdapat juga surat di dalam
bentuk perbincangan dalam mencari kebenaran.
Lebih-lebih lagi terdapat beberapa majalah Islam yang telah diterbitkan
di Jawa yang menyerang kepercayaan saya.Oleh kerana rencana itu,
banyak lagi surat telah dikirimkan kepada saya. Surat-surat yang saya
terima datang dari seluruh pelusuk di Indonesia termasuk Banjarmasin
dan dari kawasan Islam di Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur dan
juga dari Sumatera yakni Palembang, Medan, Padang, Acheh, bahkan juga
daripada negara luar - Arab dan Malaysia.
Ini adalah petunjuk daripada Tuhan bahawa saya harus berdiri teguh dan memberi kesaksian semulajadi saya.
Hubungan ini berlanjutan lebih daripada enam bulan.Pelbagai masalah
tentang Kristian telah dibincangkan.Beberapa soalan dan juga jawapan,
saya telah menyusunnya di dalam buku dan menerbitkannya sebagai
dokumentari kebenaran:
1. Perbincangan dengan H.M. Yoesoef Sou'yb, penulis Muslim dari Medan (Penolong kepada
Editor Majalah Kiblat di Jakarta)
2. Perbincangan dengan Samudi, (Guru agama Islam di Salatiga)
3. Perbincangan dengan Imam Musa Projosiswoyo, (editor Majalah studi Islam
di Jakarta)
4. Perbincangan dengan Wahyono Hadi (Darul Kutubil Islamiyah Jakarta)
5. Perbincangan dengan Ali Ya'kub Matondang, (Pelajar Islam di Cairo,Arab)
6. Perbincangan dengan A.Hasan Tao, (Penceramah Jemaat Islam Ahmadiyah Indonesia di
Denpasar Bali)
7. Perbincangan dengan Ezif Fahmi dan lain-lain (Kumpulan Pelajar Islam di Surabaya)
8. Perbincangan dengan M.A.Fadly, (Ketua Masjid Agung, Masjid tengah, Cimahi-Bandung)
Sehingga pada tahun 1979, saya membalas hampir ribuan surat daripada
saudara-saudara yang berketurunan Muslim yang datang dari semua bahagian
dan seluruh pelusuk Republik Indonesia. Setiap hari kedatangan surat
ini telah mengalakkan saya.Mereka menunjukkan bahawa penulis
memandang ke arah kebenaran,dan mereka merasa berpuashati selepas
saya memberi keterangan kepada mereka. Puji Tuhan Alhamdullillah!
Bahkan terdapat sesetengah daripada mereka yang datang melawat saya
secara peribadi.
Saya lihat betapa banyaknya perhatian yang telah diberikan terhadap
'pertukaran saya' dan untuk mencari kebenaran,dengan itu saya mengatur
masa yang khas untuk pelawat-pelawat bagi perundingan tentang
kepercayaan dan kebenaran Nasrani Kristian, iaitu setiap hari Selasa,
Khamis dan Sabtu, yang bermula dari pagi hingga ke petang.
Puji Tuhan untuk semua ini. Dia mengunakan saya sebagai jalan
perantaraan dan alat-Nya untuk menerangkan kebenaran di dalam Al-Kitab
dan Injil bahawa 'Isa Al-Masih itu adalah daripada Tuhan, khususnya
untuk saudara-saudara Muslim saya, dengan harapan bahawa mereka akan
memahami Al-Masih 'Isa dan InjilNya secara betul.
Di luar jawapan dan persoalan serta penyangkalan ini,saya merasa bahawa
ketidak-fahaman dan banyak salah tafsiran terhadap Al-Kitab, Kitab
Suci Injil dan Al-Masih 'Isa yang daripada Tuhan akan segera dapat
dibetulkan dengan penjelasan yang terang dan berwibawa.
BERMULANYA PELAYANAN DI LUAR
Semenjak 1973 hingga Februari 1978,saya memberi kesaksian saya hanya di
atas meja saya sahaja,dengan membalas surat-surat yang menyoalkan
tentang keKristianan.Saya menerbitkan jawapan untuk surat-surat ini
sebagai dokumentari kebenaran.
Tetapi di dalam bulan Februari 1978 saya berdoa:"Oh Tuhan, tolong
berikan pergerakkan-Mu dalam bidang yang baru, kerana bidang saya ini
yang cuma berbincang melalui surat seperti sudah hampir
kegersangan."Berdoa untuk ini,saya seterusnya mendapat jawapan di dalam
hati saya bahawa keesokan harinya saya harus keluar daripada rumah
saya,dan daripada sana saya akan mencari bidang baru.
Pada awal pagi keesokan harinya, saya keluar daripada rumah saya tanpa
mengetahui jalan mana yang harus saya pergi.Apabila saya telah sampai
ke jalan utama,saya berdoa kepada Tuhan agar Dia menunjukkan arahan
jalan mana yang patut saya pergi. Jiwa saya memberitahu saya bahawa
saya harus pergi ke utara.Oleh kerana saya tidak tahu arah
sebenarnya, saya cuma berjalan keluar. Saya tidak mengambil mana-mana
kereta, mobil ataupun bas. Apabila saya sampai di depan pejabat
Institut Al-Kitab di Indonesia, Tuhan telah memberitahu saya agar
saya masuk ke pejabat itu. Saya merasa ragu-ragu kerana saya tidak
kenal sesiapapun.Di sana terdapat Rev.B.Probowinito, tetapi dia telah
berpindah ke Salatiga. Saat ini jika saya masuk ke pejabat itu,
dengan siapa saya harus bercakap, dan apa yang patut saya katakan?
Tetapi jiwa saya mendesak saya supaya saya masuk ke dalam pejabat
itu, lalu saya masuk ke dalam pejabat itu.
Salah daripada seorang kawan telah melihat saya masuk ke pejabat itu dan
mengenali saya, dan tiba-tiba dia memanggil saya:"En.Ambrie, Puji
Tuhan, petunjuk apa! Setiap orang ingin berjumpa dengan kamu." Dengan
segera kami membuka perbualan kami. Kemudian saya berjumpa dengan
Rev.M.K.Tjakraatmadja,yang telah mendengar tentang saya dan ingin
berjumpa dengan saya. Saya telah diberkati dengan pertukaran ini. Mereka
ingin menyokong kerja-kerja penulisan saya.
Saya kagum jika ini adalah cara/bidang baru tetapi mengambil keputusan
bahawa ini adalah bukan. Saya mahu pulang ke rumah tetapi jiwa saya
mendesak saya supaya meneruskan perjalanan saya ke utara.Saya berjalan
sehingga saya berdiri di depan pejabat Kramat V. Jiwa saya
memberitahu agar saya masuk dan berjumpa dengan Rev.Dr.Ais
M.O.Pormes.Saya kagum bagaimana mungkin saya boleh bercakap dengan
Rev.Pormes,sedangkan saya tidak kenal dia dengan baik dan kami
bukannya kepunyaan organisasinya. Kami pernah bertemu sebelum
ini,tetapi sudah tiga tahun yang lepas. Tetapi Roh Kudus telah
membisik dihati saya,saya terus masuk ke dalam Kramat V.Sebelum saya
masuk ke pejabat itu, saya masih lagi keraguan.Sebelum ini,Rumah ini
penuh dengan hamba Tuhan,tetapi sekarang agak senyap.Barangkali
Rev.Pormes sudah pindah.Bagaimana pun Rev.Pormes telah melihat
saya,dia datang ke depan pintu untuk menjemput saya,dan
berkata:"Wahai En.Ambrie! Sememangnya semenjak kelmarin lagi,saya banyak
berfikir tentang kamu dan ingin berjumpa dengan kamu di sana kerana
saya ada sesuatu untuk berbincang dengan kamu.Saya mengharapkan
kamu-barangkali kita boleh bekerjasama dengan satu sama lain."Saya
hampir terkejut. Bagaimana boleh Rev.Pormes mengingati saya?Kami tidak
pernah berkenalan secara mendalam sebelum ini.Tetapi saya teringat doa
saya pada hari yang lepas.Mungkin Roh Tuhan yang memimpin diri saya
untuk masuk ke bidang baru di sini.
Dalam perbualan itu terdapat beberapa perkara yang menyegarkan hati saya
dan perasaan saya.Rev.Ais Pormes mengharap saya agar saya bekerja
bersama dengannya di dalam melayani Tuhan. Juga dia mengambil berat
tentang kesihatan saya yang mana pada waktu itu tidak beberapa baik.
Akhirnya Rev.Pormes memberitahu saya untuk mengambil suratnya yang
datang daripada M.K.Sinaga, pengarah BumiAsih di Jalan 4, Solo.Saya
melihat surat itu dan memegangnya. Dari rumah K.M.Sinaga, saya memohon
untuk pergi ke Hotel Indonesia pada hari Jumaat,dan dia berkata bahawa
beberapa guru di sana mahu berjumpa dan mengenali saya.
Pada pagi Jumaat,24 Feb 1978,saya pergi ke Hotel Indonesia, untuk
perjumpaan kumpulan berdoa oleh ahli-ahli perniagaan Kristian di
Jakarta,yang dikenali dengan nama "C.B.M.C"
Saya seolah olah telah diperkenalkan kepada mereka dan mereka telah
mengetahui nama saya sebelum ini dan mereka ingin berjumpa dengan saya
secara peribadi pada hari itu.Bermula dari hari itu saya telah
dijemput untuk berkhidmat dalam beberapa perjumpaan di rumah yang
mana telah mendorong saya untuk bekerjasama dengan pelayanan
gereja.Saya telah memberikan kesaksian saya pada semua gereja di
sekitar Jakarta dan Bandung.Sehingga sekarang saya juga membuat
pelayanan di luar Jakarta juga, melawat selatan Kalimantan,
(Banjarmasin,Amuntai), dan Kalimantan tengah, (Palangkaraya), Jawa
Timur,(Surabaya dan Malang), Bandung dan lain-lain lagi.
Ini merupakan jalan dan bidang baru bagi saya.Saya meneruskan pelayanan
saya dengan penuh kepercayaan, mengkhabarkan utusan Kitab Suci Injil
Al-Masih melalui pelbagai macam perjumpaan dan kesaksian yang
berlainan.
Walaupun sekarang saya telah mendapat bidang baru dalam bentuk pelayanan
di luar dari rumah saya,perbincangan melalui perutusan,tidak pernah
berhenti bahkan semakin bertambah.Puji Tuhan!Semua surat itu telah
memberkati saya dan saya telah dapat menjawab pelbagai jenis pertanyaan
dengan jayanya!
TUHAN MEMPERLUASKAN PELAYANAN SAYA
Pada 13 Mei 1979,dengan jemputan para penulis,saya telah diminta untuk
menyampaikan ceramah di Masjid Darussalam, Jln Batanghari,Jakarta,Di
hadapan perkumpulan pemuda-pemuda Muslim yang mana telah terlibat
dengan Lembaga Pengajian Islam Al-Furqan.Tajuk perbincangan ialah
:"'Isa Al-Masih adalah daripada Tuhan".Ketua perdebatan itu ialah
Drs.Abunyamin Roham dan Sany Ardi.Para hadirin yang menghadiri
perbincangan itu adalah sekitar 100 orang,yang terdiri daripada
pelajar dan juga guru-guru Islam.Hanya saya sendirian yang datang
untuk memberikan jawapannya.Perbincangan ini berakhir dengan keadaan
yang baik.Perbincangan persahabatan ini diakhiri dengan berjabat
salam.
Pada 22 Julai 1979,ceramah ini disambung di antara saya dengan beberapa
pemimpim Islam daripada majlis Ulama' (Muslem Theologian
Counsil).Tajuk perbincangan ialah "Kekuasaan Tuhan-satu dalam
Triniti?".Terdapat 10 orang yang menyertai perdebatan itu, di
antaranya daripada mereka ialah Professor Dr.H.M.Rasyidi,
Drs.Bunyamin Rohan, Dr.Tagor dan Dr.Asmuni. Pengacaranya ialah
Dr.Marmansyah Rahman. Pelawatnya adalah dalam sekitar 150 orang yang
terdiri daripada pemimpin-pemimpin dan guru-guru Islam,dan juga orang
bijak pandai.
Dua bulan selepas 15 Ogos, saya telah pergi melawat beberapa tempat di
luar kawasan Jakarta di Barat dan juga Timur Jawa.Pada 1 September,
saya telah berpeluang memimpin pelayanan Injili dan Kitabiah dan juga
telah melawat Menado,Unjung Pandang, Tanah Toraja, Palopo,
Balikpapan, Banjarmasin dan juga Kapuas, sambil memberikan kesaksian
saya.
PENUTUP
Penyelamatan adalah amat penting untuk setiap orang. Penyelamatan untuk
diri sendiri, penyelamatan untuk keluarga, keselamatan harta benda
dan berbagai jenis keselamatan yang lain.Semuanya ini telah menjadi
sasaran utama di dalam kesejahteraan kehidupan.
Seseorang yang beragama, penyelamatan adalah tidak terhad kepada
kehidupan duniawi sahaja,ia termasuklah keselamatan Rohnya daripada
pengaruh dosa kepada kebebasan.Penyelamatan Rohnya ada berhubungkait
rapat dengan hakikat kasih-sayang, yang mana merupakan asas kehidupan
Syurgawi.
Katakan Adam dan Hawa tidak terjerumus ke dalam lembah dosa, manusia
masih lagi mempunyai kehidupan yang kekal. Tetapi oleh kerana
akibat-akibat dosa yang menyusul dari Adam dan Hawa,yang telah melanggar
larangan Tuhan.Manusia Adam dan Hawa telah tersisih daripada peluang
mereka untuk kehidupan kekal dan terjerumus ke dalam lembah terpisah
dari kesejahteraan ilahi. Ajal terakhir bagi keadaan ini adalah
kematian dan maut
'Isa Al-Masih pernah bersabda :
"Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup iaitu hidup yang berkelimpahan."(Yahya 10:10)
"Ajarlah mereka mentaati apa yang sudah Aku perintahkan.Ingat, Aku akan
sentiasa menyertai kamu sehingga ke akhir zaman.(Mat 28:20)
Malaikat memberitahu pengikut Al-Masih 'Isa:
"Hai orang Galilea,mengapa kamu berdiri menengadah ke langgit?Al-Masih
'Isa yang kamu lihat terangkat ke Syurga,akan kembali lagi dengan cara
yang sama seperti yang kamu lihat tadi."(Kis 1:11)
Dalam satu perkara Al-Masih 'Isa sendiri berkata:
"Barulah Anak Manusia akan kelihatan datang dikelilingi awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar."(Luk 21:27)
Kedatangan kedua 'Isa Al-Masih bukan sahaja diberitahu di dalam
Al-Kitab, malah kebenaran ini disokong dan dipercayai juga oleh para
Muslim sebagaimana yang kita baca di dalam Hadith Sahih Muslim,di dalam
rujukan 127, terdapat kenyataan tentang kedatangan Al-Masih 'Isa
sebagai Hakim yang adil dan benar.
Terdapat 4 janji yang akan menyusul kepada anak-anak Tuhan:
1. Kehidupan kekal di Syurga dan kehidupan yang lebih mulia daripada
Adam dan Hawa yang merupakan ciptaan asalNya.Dalam usaha untuk
mendapatkan kehidupan yang kekal dan keselamatan di Syurga,manusia mesti
percaya kepada 'Isa Al-Masih dan menjadi pengikut yang taat serta
dibaptiskan.
2. Kehidupan sepenuhnya,Roh,fizikal seperti keperluan material,diperolehi dalam bentuk anugerah kerahmatan dari Syurga.
3. Pengikut Al-Masih 'Isa tidak akan kekurangan sesuatupun tetapi akan sentiasa digenapi dengan berkelimpahan.
4. Roh Allah atau Roh Kudus akan sentiasa berkekalan dalam setiap orang
yang mengaku Kristus,dan menjadi pengikut setiaNya,selama-lamanya
sehingga ke Hari Kiamat.
Dengan sebab inilah menbenarkan saya untuk memberikan pilihan kepada Anda, Para pembaca yang dikasihi:
Buatlah keputusan anda sekarang!Ambil keputusan untuk menerima janjiNya
dan bersedia untuk diselamatkan. Terimalah Rohul-Kudus 'Isa Al-Masih
di dalam hati anda secara iman, jadilah kehidupan baru, anda akan
sentiasa terjamin dan damai sejahtera di dalamNya. Jadi kita boleh
hidup bersama-sama dengan Tuhan untuk selama-lamanya.
Jangan lepaskan peluang ini.Jangan tunggu sehingga esok.Lakukan apa yang
patut anda lakukan hari ini.Esok mungkin sudah terlewat.Pintu
bertaubat mungkin akan ditutup dan anda akan hidup dalam penyesalan
dan menanggung penderitaan untuk selama-lamanya.Datang dengan hati
yang benar,dan terimalah 'Isa Al-Masih sebagai Rabbi anda dan
Penyelamat peribadi anda supaya anda boleh memasuki pintu keselamatan
di Syurga untuk selama-lamanya.