Nama
saya Nur Laila. Saya adalah seorang Muslimah yang telah mengikut dan
mentaati segala-gala yang telah diajari oleh ibu-bapa saya,
terutamanya dalam hal-hal iman dan keislaman. Tetapi walaupun begitu,
semakin saya lebih membesar, hati dan jiwa saya masih kekosongan
sahaja walaupun saya telah mencari jawapan soalan-soalan kehidupan dari
agama Islam serta ajaran-ajarannya.
Pada
satu hari, saya telah terjumpa dengan jawapan serta penyelesaian
kepada segala keruncingan dan keresahan rohani di dalam jiwa dan hati
saya. Sejak waktu itu, saya telah dapat mengenalNya lebih mendalam
lagi, hari demi hari.
Saya
dilahirkan dalam keluarga Islam. Ibu dan bapa saya adalah pengikut
Islam yang cukup warak dan bertakwa. Datuk saya telah mengajar saya
mengaji al-Quran sejak saya berumur empat tahun sampai saya mencecah
tujuh tahun. Sebagai seorang Muslimah yang bertaqwa, saya menunaikan
ibadat solat saya lima kali sehari dan telaah pengajian Islam dari jam 6
petang sampai 8.30 malam setiap hari Sabtu ke Khamis.
Sesudah
selesainya pembelajaran di sekolah menengah, pendidikan saya
dilanjutkan lagi di institut pengajian tinggi (IPT) di mana saya telah
belajar pendidikan biasa dan juga pendidikan Islam. Saya telah
mempelajari begitu banyak tentang agama Islam, serta mendalami
ilmu-ilmunya dengan cukup mantap, walau pun begitu, Islam tidak mampu
menenangkan jiwa saya atau menghasilkan kehidupan yang bermakna atau
pun menjadi panduan hidup bagi saya secara serius. Keadaan dalam hati
dan jiwa saya masih lagi kosong dan gelisah sahaja dan saya tidak
pernah menikmati apa yang difahami sebagai kasih-sayang Tuhan Allah agama Islam itu!
Setelah
mendalami telahaan dan pengajian agama Islam, saya dapati bahawa
seolah-olah kasih-sayang Allah itu bukanlah kasih sayang Tuhan yang
sebenar atau kesayangan yang sesungguhnya. Lebih-lebih lagi, kasih
sayang Allah agama Islam adalah amat terbatas dan bersyarat sekali;
saya terpaksa melakukan segala macam hal dan peraturan supaya saya
melayakkan diri untuk dapat mengalami kasih-sayang-Nya, yaitu 'irrahman dan arrahim-Nya'!
Saya tidak menimbulkan soalan-soalan seperti ini kepada orangtua saya
kerana mereka menganggapi pertanyaan seperti itu adalah 'dosa besar'!
Pada
suatu hari, sesudah saya menunaikan ibadah solat saya kepada Allah,
saya telah menangis dan rasa haru menyelubungi saya oleh kerana saya
tidak dapat mengenal atau merasa apakah itu kasih dan sayang Allah swt
itu! Tidak lama kemudian, saya telah membuka radio saya dan kebetulan
sekali, tepat pada saat itu merupakan siaran steyen radio Kristian.
Seorang wanita Kristian sedang membaca daripada Kitab Suci Injil, Matius fasal 11 ayat 28, yang berbunyi :
'Sayidina Isa berkata: "Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah dan menanggung beban berat, Aku akan memberikan kelegaan bagimu."'
Saya
telah berfikir pada diri saya : "Siapakah Sayidina Isa ini, yang
mampu dan sanggup menganugerahkan kelegaan kepada umat manusia yang
berbeban berat? Saya masih ingat mengatakan kepadaNya, "Kalau
Engkau sungguhnya Ilahi, dan Sayidina Isa yang sebenarnya telah
menyatakan seperti itu, tolonglah, biarlah saya mengenal Engkau!"
Pada
Tahun Pertama saya di Universiti, saya dijemput ke satu keramaian
oleh teman-teman saya. Kebanyakan mereka di situ adalah orang beragama
Kristian. Saya telah mendengar cerita tentang Sayidina Isa Al-Masih
sekali lagi. Satu ungkapan yang cukup unik telah menarik perhatian saya,
yakni: "Sayidina Isa mengasihi anda." Saya teringat
pada masa yang lalu, di mana pencarian saya bagi kebenaran
kasih-sayang Allah swt adalah hampa sahaja. Jadi pada saat itu, saya
teringin untuk kenali siapakah Sayidina Isa itu sebenarnya kerana jika
Dia sesungguhnya mengasihi saya, saya akan menjadi pengikutNya yang
setia! Oleh sebab itulah, saya telah berkata kepada Sayidina Isa : "Sayidina Isa Al-Masih, jika sesungguhnya Engkau ilahi, dan mengasihi saya, izinkanlah saya mengenal Engkau!"
Dua
malam kemudian, sambil tidur saya telah bermimpi. Mimpi saya itu
tampakkan satu cahaya yang sangat indah di depan pintu rumah saya! Saya
ingin menjamah cahaya itu, tetapi kaki saya tersangkut kepada lantai
pula! Pada waktu yang sama, terdengar suara ibu saya :"Jangan mendekati
cahaya itu." Saya telah terjaga dengan tiba-tiba dalam keadaan
berpeluh. Saya kurang faham apakah maksud cahaya indah itu dan
menceritakannya kepada teman Kristian saya tentang mimpi saya dan dia
menjelaskan bahawa saya harus menelaah Kitab Injil untuk mendapati
jawapannya. Dan jawapannya terdapat di dalam nas Injil, Yahya fasal ayat 5:
"Selagi Aku ada di dunia ini, AKULAH TERANG DUNIA."
Begitulah
bunyinya kata-kata Sayidina Isa dan sesungguhnya Baginda adalah
terang dunia. Saya menginsafi pada saat itu juga Baginda inginkan saya
sedar dan mengakui bahawa Dialah satu-satunya Terang Dunia
dan saya harus mengikuti jalan Baginda! Sejak mimpi saya itu, saya
telah membaca, mengkaji dan menelaah kitab Perjanjian Baru dalam Kitab
Suci Injil pada setiap hari. Semakin saya mendalami ilmu pengetahuan
saya dalam Sayidina Isa Al-Masih dan menginsafi siapakah Baginda
sebenarnya, semakin jelas sekali bahwa konsep Isa Al-Masih di dalam
Islam dan al-Quran amatlah dangkal sekali!
Saya
telah menyerahkan segala jiwa dan kehidupan saya ke dalam genggaman
Sayidina Isa! Saya juga telah khuatir akan perhubungan saya dengan
keluarga saya kerana mereka adalah Muslim; dan saya, sebagai seorang
pengikut Sayidina Rabbani isa Al-Masih mungkin akan menganiayai saya.
Walau bagaimanapun, Tuhan Allah telah memberkati hikmat-Nya kepada saya
untuk bertahan segala macam rintangan dan cabaran. Jikalau iman saya
tidak tabah, keluarga saya tidak akan dapat mengenali Tuhan dan Allah
yang sebenar. .
Kemudian,
Tuhan menganugerahkan saya mimpi-mimpi yang telah menjadi nyata!
Walau pun bahasa ibunda saya bahasa Melayu, saya juga fasih dalam
bahasa Thai. Satu daripada mimpi tersebut melibatkan keluarga sahabat
saya yang mana ibu-bapanya mempelajari bahasa Thai daripada saya. Di
dalam mimpi saya itu, mereka berada di atas sebuah bukit dan keadaan di
sana sangatlah kering. Mereka kelihatan sangat letih dan tiba-tiba
anak lelaki bongsu mereka telah jatuh tergelincir ke dalam lembah di
bawah bukit itu. Mereka sangat gelisah tentang anak mereka itu dan
menangis bersedu-sedu kerana keadaannya. Pada saat itu, saya pun telah
tiba-tiba terjaga dari tidur dan sedari bahawa Tuhan Allah inginkan
saya mendoakan bagi keselamatan keluarga di dalam mimpi saya itu. Dua
hari kemudian, seorang teman memberitahu saya bahwa keluarga ini
sedang berada di dalam hospital dan anak lelaki bongsu mereka juga
dimasuki ke hospital dalam keadaan yang serius.
Syukur
Alhamdulillah! Setelah saya mendoakan untuk mereka serta untuk
pemulihan mereka sekeluarga, di dalam nama Sayidina Isa Al-Masih,
mereka semua telah sembuh dan kesihatan mereka sudah pulih kembali
seperti biasa 100 peratus! Mimpi-mimpi dari Allah seperti inilah telah
menolong saya mengukuhkan iman saya di dalam Allah serta di dalam
Jalan-Nya yang benar - yakni Sayidina Rabbani Isa sendiri, yang telah menyatakan :
Dua tahun kemudian sesudah peristiwa mimpi tersebut, saya telah memeluk ajaran Injil serta menerima Sayidina Isa Al-Masih sebagai penebus dosa saya dan juga sebagai Rabbi dan Tuhan saya sendiri! Saya juga telah menjelaskan kepada ibu saya sebab-sebab mengapa saya membuat keputusan tersebut. Seperti biasa, dia menganggap bahwa saya melakukan sesuatu yang 'kurang bijak', akan tetapi, saya memberitahukan kepadanya bahawa saya telah mengenal Tuhan Allah yang sesungguhnya hakiki dan benar. Orangtua saya kurang senang dengan keputusan saya untuk menjadi seorang pengikut Sayidina Isa Al-Masih. Inilah reaksi yang lazim bagi ramai umat Islam khasnya apabila mereka cuba menangani orang Islam yang telah menolak ajaran Islam dan ingin menjadi pengikut Sayidina Isa yang sejati walaupun atas sebab-sebab yang cukup wajar! Walaupun begitu, sebagai seorang yang sudah dewasa, mereka sedar bahwa keputusan saya ini harus dihormati oleh semua phak.Saya telah pun serahkan keluarga saya yang tersayang ke dalam tangan Allah swt, dan saya yakin mereka juga akan menginsafi siapakah Tuhan Allah yang sebenarnya serta memeluknya dengan sebulat hati."Akulah JALAN, KEBENARAN dan HIDUP. Tidak seorang pun datang kepada Tuhan Allah kecuali melalui Aku."
Yahya 14 ayat 6.