Jumat, 31 Agustus 2012

rame2 tinggalkan islam ini salah satu Kesaksian Muslimah Malaysia murtad dari islam


Saduran: Santoluki (Einjil.com)
Pengakuan Seorang Muslimah


Sesungguhnya saya, Solehah sudah cukup mantap dengan cerita-cerita dan kisah-kisah Sayidina Isa dalam al-Quran, kitab saya sendiri sebagai seorang Muslimah.

Akan tetapi, apa yang telah saya dapati di dalam Injil, adalah jauh lebih lengkap dan
rinci daripada kandungan kisah-kisah Sayidina Isa a.s. dalam al-Quran! Misalnya, al-Quran katakan bahwa Isa adalah hanya salah seorang Nabi dan Rasul Allah. Tetapi, Injil telah menyatakan bahwa, menurut sabda Sayidina Isa A.M.sendiri, baginda telah menyatakan bahwa Baginda (Isa) adalah jauh lebih besar daripada nabi-nabi Yunus dan maupun Nabi Sulaiman - yang telah muncul sebelum kedatangan Isa Al-Masih! Lihat KSI, Matius 12 : 41-42.

Sayidina Isa Al-Masih Sendiri telah berkata - Dialah satu-satunya yang telah NUZUL [Turun] dari Syurga sebagai anugerah rahmat dan penyelamatan Allah swt untuk SEMUA Manusia :

"Saya telah Turun - Nuzul, dari Syurga untuk menyempurnakan kehendak Allah.." [Yohanes 6:38]

"Dan inilah kehendak Allah: Bahwasanya sesiapa pun yang melihat Kalimatullah (Putra-Nya Isa Al-Masih), serta meyakini akan Dia, akan mendapat kehidupan kekal abadi. Saya Sendiri (Sayidina Isa Al-Masih) akan membangkitkan mereka pada Hari Kiamat." [Yohanes 6: 40]

"Sayalah 'Roti Hidup' itu yang telah NUZUL-TURUN dari Syurga, sesiapa pun yang jamah roti ini akan hidup selama-lamanya (memperolehi kehidupan kekal syurgawi), rotinya ialah tubuh-Ku, yang di berikan kepada Manusia supaya mereka tidak akan dimusnahkan.."

Dan:

"Philip, tidakkah engkau kenal SIAPA DIA AKU? Semenjak waktu permulaan Aku telah bersamamu? Sesiapa yang telah melihat Aku, sudah pun mengenal (melihat) Allah Bapa (yaitu Tuhan Allah)! [Yohanes 14 : 9]

Dan juga:

"Allah Bapa dan Saya adalah SATU.." [Yohanes 10 : 30]

Serta :

"Sadarilah bahwa Allah adalah di dalam Aku, dan Aku sendiri adalah di dalam Allah Bapa." [Yohanes 10: 38]

Jadi, sudah amat jelaslah bahwa Sayidina sendiri telah menyatakan bahawa diriNya adalah SATU dengan Tuhan Allah. Ini bukan dari kata-kata mana-mana manusia yang lain, selain dari bibir Sayidina Isa A.M. sendiri!

Dari itu, ada juga ramai polemis Islam yang telah cuba mencurigakan kesahihan Kitab Suci Injil pula! Kepada mereka, saya syorkan bahawa semua hujah-hujah dan usul-usul tuduhan mereka sudah pun ditangkis dan telah disangkal secara ilmiah dan berdasarkan fakta-fakta ilmiah.

Setelah saya membaca kedua-dua al-Quran dan Injil, di kamar Hotel saya di pantai Timur Malaysia, saya terasa terharu dan membuka Al-Kitab / Kitab Suci Injil sekali lagi, sebaik sahaja saya telah renungi kandungannya, rasa aman-damai telah datang serta menenangi jiwa dan raga saya. Ini bukan secara kebetulan sahaja! Beberapa hari sebelum itu, saya telah mengalami pengalaman yang sama juga. Setiap kali saya buka dan menelaah Kitab Suci Injil itu, perasaan damai sejahtera sentiasa menenangi jiwa saya! Tetapi apabila saya cuba membaca dan telaah al-Quran, perasaannya sangat bertentangan sekali! Selalunya perasaan keresahan, gelisah dan tidak senang hati merupakan pengalaman yang lumrah bagi saya. Ini terjadi walaupun saya telah berwuduk dan 'menyucikan' diri sebelum menyentuh kitab Suci al-Quran saya itu.

Pada waktu malam yang indah itu pula, angin laut sepoi-sepoi bahasa mendinginkan suasana di bilik Hotel kami, saya telah membaca Al-Kitab sekali lagi, dan kali ini, saya telah merasa keyakinan dalam hati saya yang semakin mendadak, saya diyakinkan bahawa malam itulah malam penentuan bagi saya. Tidak syak lagi, saya telah serahkan diri saya kepada kuasa Allah dan Sayidina Isa Al-Masih yang saya peluki sebagai penyelamat saya dari segala dosa-dosa saya dan junjungan saya yang sebenar!

Selepas itu, saya telah pun memberitakan hal ini kepada suami saya, dan dia juga telah menerima hakikat dan risalah Sayidina Isa Al-Masih untuk dirinya sendiri! Halleluyah! Segala pujian dan kemuliaan kepada Allah! Pada hari ini, saya dan anak-anak saya sudah pun bertaubat dan mereka juga sudah menyerahkan kehidupan, masa depan mereka di dunia dan di akhirat ke dalam tangan Allah SWT yang juga Allah Bapa mereka, melalui junjungan Sayidina Isa Al-Masih yang sejati dan yang sebenar!

Semoga Allah sendiri akan mencelikkan mata dan hati anda semua (muslim & muslimah) kepada siapakah Yesus iaitu Sayidina Isa A.M yang sebenar itu bagi anda sekalian!

Sekian, Wasallaam.

Cari artikel Blog Ini

copy right