Rabu, 03 April 2013

Kesaksian-muslim masuk kristen(FAISAL)

Nama saya Faisal, saya dilahirkan dan telah dibesarkan di salah sebuah negara ASEAN. Saya diperbesarkan sebagai seorang Islam dan saya sendiri telah mengikut cara hidup seorang Muslim yang cukup alim.

Kisah benar saya ini bermula semasa penghujung Tahun Kedua saya di Universiti. Apabila saya telah ziarah ke luar negara bagi
tujuan menyambung pendidikan tinggi di Universiti, saya tidak bersangka atau bermimpi untuk memeluk ajaran Isa Al-Masih yang sebenar, atau samada Hazrat Isalah sememangnya telah membawa satu-satunya Jalan yang Lurus ke Tuhan.
Untuk beberapa lama saya telah mengkaji Teologi (Fikah) Kristian melalui kacamata prasangka-prasangka saya yang sempit, oleh itu saya tidak meminta sahabat-sahabat Nasrani saya bagi keterangan yang lebih lanjut, sehingga saya telah melibatkan diri dalam satu dialog agama. Dengan tiba-tiba, minat dan tumpuan saya dalam pendebatan agama telah dibangkitkan semula. Semasa saya berdialog secara ini dengan mereka, saya telah kenali seorang Kristian bangsa Arab.
Saya telah amat berwaspada terhadap Nasrani Arab ini, yang juga seorang imam di gerejanya. Saya pun bertekad membuktikan kes saya kepadanya. Kami bermula dengan membincang banyak perkara tentang agama Islam dan Kristian. Saya juga telah bermula merenungi banyak hal-hal yang telah menyusul. Banyak juga soalan-soalan yang telah timbul semasa kami menjalani perbincangan kami. Misalnya-Apakah jaminan akhirat atau tempat di jannah bagi umat Islam? Apakah Manusia diciptakan hanya untuk fungsi sebagai hamba dan khadam Tuhan semata-mata? Ataupun Manusia sesungguhnya boleh mengalami perhubungan peribadi dengan Tuhan Penciptanya yang jauh lebih intim daripada itu? Kalau diajarkan dalam al-Quran bahawa Allah telah mengampuni Adam bagi pengingkarannya, kenapakah Adam tidak dibenarkan kembali masuk ke dalam Taman Firdaus sesudah diampuni dosa-dosanya?
Kitab Suci Injil pula memiliki sokongan fakta-fakta sejarah yang amat kukuh sebagai kesaksian kepada kesahihan dan ketulenannya. Saya sendiri telah mengkaji dan menyelidiki sebahagian daripada dalil-dalilnya hanya dengan bimbingan Tuhan sahaja dan terkagum dengan kesaksian dalil-dalil itu. Perkara-perkara ini telah begitu memikat perhatian dan minat saya sehingga saya tidak mengkaji mana-mana buku atau Kitab selain daripada al-Quran dan Kitab Suci Injil selama beberapa bulan yang telah menyusul!
Persoalan di atas masih tidak lagi terjawab. Sambil saya telah berkenalan dengan sahabat-sahabat Kristian yang lain, saya mendapati bahawa mereka ini sesungguhnya amat tulus ikhlas dan prihatin. Pada mulanya saya sentiasa berwaspada dan mencurigai akan keikhlasan mereka disebabkan oleh pengaruh dan pra-sangka saya yang sempit iaitu orang-orang ini sengaja 'berbaik-baik' terhadap saya hanya untuk 'mengkristiankan' saya.
Tetapi kemudian, setelah saya lebih berkenalan dengan mereka saya menyedari bahawa mereka ini benar-benar mengambil berat tentang saya sebagai seorang insan, dan bukan hanya dianggap sebagai sasaran mereka untuk diinjili. Justeru itu, saya telah menyelidiki lebih mendalam lagi ke dalam ajaran Kristian dan membandingkannya dengan Islam.
Tentang perjalanan rohani saya, ianya belum lagi begitu matang pada masa itu, agak kucar-kacir adanya. Keraguan dan kegelisahan mula melanda saya dan saya kerapkali berpaling kepada Tuhan dan meminta bimbingan daripadaNya. Bila saya mengkaji Kitab Suci Injil (Bible), ada nas-nas yang membawa kesan yang begitu mendalam pada jiwa saya seolah-olah Allah sendiri sedang membimbing saya dengan firman-Nya.
Walau bagaimanapun, pada satu ketika saya nyaris-nyaris berputus asa dalam pencarian saya, iaitu diakhir penggal semester saya itu. Pencarian saya itu diberhentikan buat sementara, dan saya pergi berkelah dengan sahabat-sahabat saya itu. Semasa perkelahan itu kawan-kawan saya akan adakan pengkajian Kitab Suci pada waktu petang, tetapi saya tidak mencebur diri dan hanya duduk di suatu sudut jauh sambil memerhatikan mereka.
Pertalian silaturrahim yang erat lagi rapat di antara mereka semua tidak dapat melepasi perhatian saya. Walaupun mereka ini semua individu-individu yang berbeza dan berlainan peribadi mereka, perhubungan seikhwan mereka yang akrab amatlah menggalakkan. Imbasan kembali saya kepada apa yang telah dikaji tentang agama Kristian akhirnya menjadi jelas kepada saya dan telah mendorong saya membuat keputusan yang sewajarnya.
Tetapi saya masih melengahkan keputusan saya - kerana sedikit kegelisahan atas reaksi daripada ramai orang. Tetapi akhirnya saya insaf akan kewajipan saya untuk melangkah ke Jalan Tuhan yang sebenar dengan sungguh-sungguhnya.
Pada hari terakhir perkelahan itu, selepas renungan dan berfikir yang secukup-cukup masak dan juga berdoa, saya akhirnya membuat pengakuan bahawa terdapat penyelamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat hanya melalui Al-Masih Isa sahaja!
Sungguh cepat sudah masa dilalui. Kini saya ingin menyampaikan khabar baik mengenai Al-Masih dan anugerah rahmat kasih-sayang Tuhan yang sungguh indah ini sesudah tamatnya pengajian saya. Saudaraku Muslimin dan Muslimat yang dikasihi, secara ikhlasnya dan dengan penuh kejujuran saya seru supaya saudara-saudari semua - Ketepikanlah prasangka-prasangka terhadap Injil, umat Nasrani dan al'-Masih Isa sendiri yang selama ini dipelopori sesetengah umat Islam walaupun hujah mereka itu tidak berasas.
Pertimbangkanlah kesaksian kami ini dengan hati dan fikiran yang terbuka tanpa dipengaruhi oleh prasangka-prasangka sempit lagi tidak berasas itu.
Berhubungilah saudara Nasrani kita dan kemukakanlah soalan-soalan kamu kepada mereka tanpa was-was. Satu soalan saya ingin tanyakan saudara-saudara Islam saya. Pastikah kamu semua di mana kamu akan pergi sesudah kamu meninggal dunia? Renungilah hakikat dan persoalan ini sedalam-dalamnya oleh kerana kehidupan di dunia ini adalah hanya sementara sahaja. Bagi diri saya sendiri, saya sudah tentu dengan jaminan janatulnaim dan penyelamatan jiwa saya. Dan ini pula dijaminkan melalui fidia atau korban tebusan agung yang telah dilakukan oleh Hazrat 'Isa al-Masih melalui pengorbanannya di atas Salib, yang telah menyelamatkan saya daripada maut. Saya yakin dengan minda, hati dan jiwa saya sepenuhnya bahawa dia sesungguhnya satu-satunya Putera Tuhan yang telah diutus-Nya.
Doa-doa saya adalah bersama kamu semua.
Faisal

Cari artikel Blog Ini

copy right