“Siapakah
Tuhan Allah
Yang Sebenarnya”
Kesaksian
Dan Kisah Nyata
Nur Laila Seorang Muslimah Malaysia Masuk Kristen : “Saya Menerima
Sayidina Isa
Al-Masih (Yesus Kristus) Sebagai Penebus Dosa Saya Dan Juga Sebagai
Rabbi Dan
Tuhan Saya Sendiri ! “
Nama
saya Nur Laila. Saya adalah seorang Muslimah yang telah mengikut dan
mentaati
segala-gala yang telah diajari oleh ibu-bapa saya, terutamanya dalam
hal-hal
iman dan keislaman. Tetapi walaupun begitu, semakin
saya lebih membesar, hati dan jiwa saya masih kekosongan sahaja walaupun
saya
telah mencari jawapan soalan-soalan kehidupan dari agama Islam serta
ajaran-ajarannya.
Pada satu hari,
saya
telah terjumpa dengan jawapan serta penyelesaian kepada segala
keruncingan dan
keresahan rohani di dalam jiwa dan hati saya. Sejak waktu itu, saya
telah dapat
mengenal-Nya lebih mendalam lagi, hari demi hari.
Saya
dilahirkan dalam keluarga Islam. Ibu dan bapa saya adalah pengikut
Islam yang cukup warak dan bertakwa. Datuk saya telah mengajar saya
mengaji
al-Quran sejak saya berumur empat tahun sampai saya mencecah tujuh tahun.
Sebagai seorang Muslimah yang bertaqwa, saya menunaikan ibadat solat
saya lima kali sehari dan
telaah pengajian Islam dari jam 6 petang sampai 8.30 malam setiap hari
Sabtu ke
Khamis.
Sesudah
selesainya
pembelajaran di sekolah menengah, pendidikan saya dilanjutkan
lagi
di institut pengajian tinggi (IPT) di mana saya telah belajar pendidikan
biasa
dan juga pendidikan Islam. Saya
telah
mempelajari begitu banyak tentang agama Islam, serta mendalami
ilmu-ilmunya
dengan cukup mantap, walau pun begitu, Islam tidak mampu menenangkan
jiwa saya
atau menghasilkan kehidupan yang bermakna atau pun menjadi panduan hidup
bagi
saya secara serius. Keadaan dalam hati dan jiwa saya
masih lagi kosong dan gelisah sahaja dan saya tidak pernah menikmati apa
yang
difahami sebagai kasih-sayang Tuhan Allah agama Islam itu!
Setelah
mendalami telahaan dan pengajian agama Islam, saya dapati bahawa
seolah-olah
kasih-sayang Allah itu bukanlah kasih sayang Tuhan yang sebenar atau
kesayangan
yang sesungguhnya. Lebih-lebih lagi, kasih sayang Allah agama Islam
adalah amat
terbatas dan bersyarat sekali; saya terpaksa melakukan segala macam hal
dan
peraturan supaya saya melayakkan diri untuk dapat mengalami
kasih-sayang-Nya,
yaitu ‘irrahman dan arrahim-Nya’! Saya
tidak menimbulkan soalan-soalan seperti ini kepada orangtua saya kerana
mereka
menganggapi pertanyaan seperti itu adalah ‘dosa besar’!
Pada
suatu
hari, sesudah saya menunaikan ibadah sholat saya kepada Allah,
saya telah
menangis dan rasa haru menyelubungi saya oleh kerana saya tidak dapat
mengenal
atau merasa apakah itu kasih dan sayang Allah swt itu! Tidak lama kemudian, saya telah membuka radio saya
dan
kebetulan sekali, tepat pada saat itu merupakan siaran stesyen radio
Kristian.
Seorang wanita Kristian sedang membaca daripada Kitab Suci Injil, Matius fasal 11 ayat 28,
yang berbunyi :
‘Sayidina Isa
berkata: “Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang letih lesu dan yang
menanggung beban berat, Aku akan memberikan
kelegaan bagimu.“‘
Saya
telah berfikir pada diri saya : “Siapakah Sayidina Isa ini, yang mampu
dan
sanggup menganugerahkan kelegaan kepada umat manusia yang berbeban
berat? Saya
masih ingat mengatakan kepadaNya, “Kalau Engkau
sesungguhnya Ilahi, dan Sayidina
Isa yang sebenarnya telah menyatakan seperti itu, tolonglah, biarlah
saya
mengenal Engkau!“
Pada
Tahun Pertama saya di Universiti, saya dijemput ke satu keramaian oleh
teman-teman saya. Kebanyakan mereka di situ adalah orang beragama
Kristian.
Saya telah mendengar cerita tentang Sayidina Isa Al-Masih sekali lagi.
Satu
ungkapan yang cukup unik telah menarik perhatian saya, yakni: “Sayidina Isa mengasihi
anda.” Saya teringat pada masa yang lalu, di mana
pencarian
saya bagi kebenaran kasih-sayang Allah swt adalah hampa sahaja. Jadi
pada saat
itu, saya teringin untuk kenali siapakah Sayidina Isa itu sebenarnya
kerana
jika Dia sesungguhnya mengasihi saya, saya akan menjadi pengikutNya yang
setia!
Oleh sebab itulah, saya telah berkata kepada Sayidina Isa : “Sayidina Isa
Al-Masih,
jika sesungguhnya Engkau Ilahi, dan mengasihi saya, izinkanlah saya
mengenal
Engkau!“
Dua malam
kemudian, sambil tidur saya telah bermimpi. Mimpi saya itu tampakkan
satu
cahaya yang sangat indah di depan pintu rumah saya! Saya ingin menjamah
cahaya
itu, tetapi kaki saya tersangkut kepada lantai pula! Pada waktu yang
sama,
terdengar suara ibu saya :”Jangan mendekati cahaya itu.” Saya telah
terjaga
dengan tiba-tiba dalam keadaan berpeluh. Saya kurang faham apakah maksud
cahaya
indah itu dan menceritakannya kepada teman Kristian saya tentang mimpi
saya dan
dia menjelaskan bahawa saya harus menelaah Kitab Injil untuk mendapati
jawapannya. Dan jawapannya terdapat di dalam nas Injil, Yahya fasal
ayat 5:
“Selagi
Aku ada di dunia ini, AKULAH TERANG
DUNIA.”
Begitulah
bunyinya kata-kata Sayidina Isa dan sesungguhnya Baginda adalah terang
dunia.
Saya menginsafi pada saat itu juga Baginda inginkan saya sedar dan
mengakui
bahawa Dialah satu-satunya Terang
Dunia dan saya harus mengikuti jalan Baginda! Sejak mimpi saya itu,
saya telah membaca, mengkaji dan menelaah kitab Perjanjian Baru dalam
Kitab
Suci Injil pada setiap hari. Semakin saya mendalami ilmu
pengetahuan saya dalam Sayidina Isa Al-Masih dan menginsafi siapakah
Baginda
sebenarnya, semakin jelas sekali bahwa konsep Isa Al-Masih di dalam
Islam dan
al-Quran amatlah dangkal sekali!
Saya telah
menyerahkan segala jiwa dan kehidupan saya ke dalam genggaman Sayidina
Isa!
Saya juga telah khuatir akan perhubungan saya dengan keluarga saya
kerana
mereka adalah Muslim; dan saya, sebagai seorang pengikut Sayidina
Rabbani Isa
Al-Masih mungkin mereka akan menganiayai saya. Walau bagaimanapun, Tuhan Allah telah memberikan
hikmat-Nya
kepada saya untuk bertahan dalam segala macam rintangan dan cabaran.
Jikalau
iman saya tidak tabah, keluarga saya tidak akan dapat mengenali Tuhan
dan Allah
yang sebenar. .
Kemudian, Tuhan menganugerahkan
saya
mimpi-mimpi yang telah menjadi nyata! Walau
pun
bahasa ibunda saya bahasa Melayu, saya juga fasih dalam bahasa Thai.
Satu
daripada mimpi tersebut melibatkan keluarga sahabat saya yang mana
ibu-bapanya
mempelajari bahasa Thai daripada saya. Di
dalam mimpi saya itu, mereka berada di atas sebuah bukit dan keadaan di
sana
sangatlah kering. Mereka kelihatan sangat letih dan tiba-tiba anak
lelaki
bongsu mereka telah jatuh tergelincir ke dalam lembah di bawah bukit
itu.
Mereka sangat gelisah tentang anak mereka itu dan menangis bersedu-sedu
kerana
keadaannya. Pada saat itu, saya pun telah tiba-tiba terjaga dari tidur
dan
sedari bahawa Tuhan Allah inginkan saya mendoakan bagi keselamatan
keluarga di
dalam mimpi saya itu. Dua hari kemudian, seorang teman memberitahu
saya
bahwa keluarga ini sedang berada di dalam hospital dan anak lelaki
bongsu
mereka juga dimasuki ke hospital dalam keadaan yang serius.
Syukur
Alhamdulillah! Setelah saya mendoakan untuk mereka serta untuk pemulihan
mereka
sekeluarga, di dalam nama Sayidina Isa Al-Masih, mereka semua telah
sembuh dan
kesihatan mereka sudah pulih kembali seperti biasa 100 peratus! Mimpi-mimpi dari
Allah seperti inilah telah menolong saya mengukuhkan iman saya di dalam
Allah
serta di dalam Jalan-Nya yang benar – yakni Sayidina Rabbani Isa
sendiri, yang telah menyatakan :
“Akulah
JALAN,
dan KEBENARAN dan HIDUP. Tidak seorang pun datang kepada Bapa kecuali
melalui Aku.” Yahya 14 ayat 6.
Dua
tahun kemudian sesudah peristiwa mimpi tersebut, saya telah memeluk
ajaran
Injil serta menerima Sayidina Isa Al-Masih sebagai Penebus dosa saya dan
juga
sebagai Rabbi dan Tuhan saya sendiri !
Saya
juga telah menjelaskan kepada ibu saya sebab-sebab mengapa saya membuat
keputusan tersebut. Seperti biasa, dia menganggap bahwa saya melakukan
sesuatu
yang ‘kurang bijak’, akan tetapi, saya memberitahukan kepadanya bahawa
saya
telah mengenal Tuhan Allah yang sesungguhnya hakiki dan benar.
Orangtua saya kurang senang dengan keputusan saya untuk menjadi seorang
pengikut Sayidina Isa Al-Masih. Inilah reaksi yang lazim bagi ramai umat
Islam
khasnya apabila mereka cuba
menangani orang Islam yang telah menolak ajaran Islam dan ingin menjadi
pengikut Sayidina Isa yang sejati walaupun atas sebab-sebab yang cukup
wajar!
Walaupun
begitu,
sebagai seorang yang sudah dewasa, mereka sedar bahwa keputusan
saya
ini harus dihormati oleh semua pihak. Saya telah pun serahkan keluarga
saya
yang tersayang ke dalam tangan Allah swt, dan saya yakin mereka juga
akan
menginsafi siapakah Tuhan Allah yang sebenarnya serta memeluknya dengan
sebulat
hati.