Saya telah dilahirkan anak lelaki kepada keluarga Muslim di Malaysia. Keluarga
kami mempunyai tradisi keagamaan dan politik yang panjang dan penting
di Malaysia. Sebagai orang-orang kenamaan di dalam sebuah negara Islam,
agama Islam telah memainkan peranan utama dalam semua aspek kehidupan
seharian kami.
Saya
telah dibesarkan mengikut adat istiadat Islam, diajar bahasa Arab,
pendidikan Al-Qur’an, upacara-upacara penyucian, doa, puasa dan
sebagainya. Tetapi saya juga
mempunyai kesempatan untuk kerap mengembara dan bermastautin semasa
kecil di berbagai-bagai negara asing dan menimba ilmu pengetahuan
mengenai kebudayaan-kebudayaan dan agama-agama yang berlainan. Saya
berpeluang berkenalan dengan penganut-penganut agama Buddha, Hindu,
Yahudi, Kristian dan teramat ingin tahu, yang manakah satu-satunya agama
yang betul. Memang jelas tidak mungkin adanya Allah yang Esa tetapi ada
pula pelbagai jalan untuk mengenal Dia kerana ajaran dan
perintah-perintah setiap agama itu kerap bercanggah; maka tidak
mungkinlah Allah yang sama yang memberi ajaran agama-agama tersebut
kepada manusia. Renungilah alam ciptaan-Nya! Belajarlah hukum-hukum
fizik. Setiap hari kita dapat menikmati seorang Pencipta dengan
kebijaksaan, pengetahuan dan logik yang tidak terbatas! Selanjutnya,
Pencipta ini tidak mungkin begitu mengelirukan dan kelam kabut seperti
yang dilambangkan oleh agama-agama di dalam dunia ini.

Pada keesokan harinya, terdapat ketukan di
pintu. Ketika saya membuka pintu, terlihatlah wajah ayah yang bersenyum
ke arah saya. Ayah memaklumkan bahawa dia mahu memeranjatkan kami dengan
kepulangannya! Alangkah gembiranya perasaan saya dan saya tahu bahawa
doa saya itu telahpun dikabuli Allah. Pada waktu itu, saya sudah yakin
akan kewujudan Allah. Tetapi masih terletak pada hati saya azam untuk mengetahui siapakah Allah yang sebenarnya!

Pada satu ketika, saya telah menerima sebuah
Al-Kitab dan mula membacanya. Saya membaca keempat-empat Injil Matius,
Markus, Lukas dan Yahya di dalam Perjanjian Baru. Setiap ayat yang dibaca menyeru kepada hati saya. Saya dapati bahawa di depan Allah, kita semua pendosa. Tidak kira betapa kuat dan tekunnya kita cuba memenuhi kehendak hukum-hukum itu, kita tidak mungkin akan berjaya. Ini
kerana Allah itu lebih Kudus dari yang disangka. Cuma satu dosa memadai
dalam hidup kita untuk membatalkan kemasukan kita ke dalam Syurga.
Tambahan pula saya mengakui bahawa saya telah berdosa
sekurang-kurangnya sekali di dalam hidup saya. Tetapi Allah telahpun
berfirman: (Efesus 2:8) “Hal ini demikian, kerana dengan rahmat Allah,
kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu
bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah.”
***
Pada satu hari, ayah dan saya sakit tenat.
Saya telah menemui beberapa orang doktor, tetapi mereka semua tidak
berjaya menentukan jenis penyakit itu. Biarpun saya memakan semua ubat
yang diberikan, saya merasa letih dari hari ke hari. Saya telah hilang
berat badan sebanyak dua belas kilogram dan terasa bahawa sudah hampir
tiba masanya untuk menemu ajal. Kemudian barulah saya mula berdoa kepada
Allah. Saya mengaku segala dosa-dosa saya dan memohon ampun dari Allah.
Saya
menerima korban yang diberi Allah melalui anak-Nya Yesus Al-Masih dan
kematian Yesus sebagai ganti saya untuk dosa-dosa saya.
Walaupun saya tidak terdaya untuk makan, berdiri atau melakukan apa-apa
perkara yang fizikal – saya berupaya untuk berdoa dan bersedia untuk
bertemu dihakim-Nya pada Hari Kiamat buat selama-lamanya. Memanglah
menjadi hasrat saya untuk ke syurga.
Setelah empat atau lima hari terlantar di
dalam bilik tanpa rawatan, saya dimasukkan ke dalam hospital. Di masa
yang sama, ayah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Pada satu
pagi, saudara-mara saya telah mengejutkan saya dari tidur dan
menyampaikan berita sedih bahawa ayah telahpun meninggal dunia…
Punca rasmi kematian arwah ayah ialah kerana
lemah jantung. Tetapi sebenarnya, doktor-doktor tidak dapat mengenal
pasti punca penyakit yang dihidapi kedua-dua ayah dan saya. Terdapat
khabar angin bahawa kami berdua telah diracun ataupun mangsa-mangsa ilmu
sihir. Saya percaya bahawa saya masih hidup kerana firman-Nya di dalam
Markus 16:17-18 yang berbunyi “Kepada mereka yang percaya akan diberi
tanda-tanda ini: Mereka akan mengusir roh jahat demi nama-Ku; mereka
akan berkata-kata dalam bahasa yang tidak diketahui. Jika mereka
memegang ular atau meminum racun, mereka tidak akan mendapat celaka.
Jika mereka meletakkan tangan pada orang sakit, orang sakit akan sembuh”
Beberapa tahun kemudian saya telah menghidap
penyakit batin pula dan pakar psikologi tidak dapat membantu saya. Saya
terkenang akan kepada Allah, yang mampu menolong dalam situasi-situasi
yang rumit; Allah yang menyebabkan orang yang beriman kepada-Nya rela
memaafkan musuh-musuh mereka dan menyembah Dia ketika berhadapan maut di
gelanggang lawan itu (amphitheater); Allah yang mampu memulihkan
apabila seorang itu terminum racun dan juga yang rela membantu ketika
kemasyghulan. Secara kebetulan isteri saya telah membawa saya ke upacara
ibadat seorang Evangelist (pengkhabar Berita Baik) Amerika (Ray
Jennings). Di sanalah kami sekeluarga menukar kepercayaan kepada agama Kristian.
Si Evangelist itu menumpangkan tangannya di atas saya lalu berdoa untuk
penyembuhan saya. Dengan serta-merta, saya dipulihkan menurut firman
Allah: “Kepada mereka yang percaya akan diberi tanda-tanda ini: … jika
mereka meletakkan tangan pada orang sakit, orang sakit akan sembuh”
Pada hari ini saya bergerak dengan kehadiran Allah dalam hidup saya dan saya tahu bahawa Dia bersama saya. Kerana
itu, saya mahu kamu tahu, wahai si pembaca Muslim, bahawa Allah yang
Esa dan benar yang diperkisahkan Al-Kitab itu akan juga bersama-sama
kamu apabila kamu membuat keputusan untuk mengikut cara yang ditunjukkan
Isa.
Sumber : Kisah Nyata dan Kesaksian Kristen
Website : http://kisahnyatakristen.kiosgeek.com/