Nama saya Rabiyah dan saya berasal dari
sebuah keluarga Islam Ortodoks. Ayah saya seorang yang amat alim dan
bertugas sebagai Imam di masjid kota saya. Dia adalah seorang ahli
sunnah berketurunan India utara, namanya bermula sebagai “Pir Muhammad” oleh kerana itu, sebagai seorang yang bergelar Pir dia disegani ramai umat Islam di Kota kami. Lebih daripada itu, dia juga berketurunan keluarga “Shahib”.Ibu saya pula seorang Melayu yang cukup kuat ketakwaannya kepada Allah, oleh sebab pengaruh amalan tasawwuf dalam kehidupannya. Sudah tentulah kedua-dua ibu bapa saya telah bermain pengaruh ajaran dan amalan Islam yang besar di dalam kehidupan saya.















